acar timun jepun
Resipi Acar Timun Jepun dari Chef Dave ini memang trending dan tular di media sosial lagi-lagi TikTok. Min pun terliur dibuatnya sebab nampak macam sedap.

Siapa yang tak kenal Chef Dave, seorang tukang masak yang popular dengan masakan vegan dan sihat dan beliau tak lokek ilmu untuk berkongsi di laman TikTok, Instagram serta Facebook.

Baca juga: Cara Buat ‘Gejang’, Ketam Bertelur Mentah Perap Soy Sauce

Tetapi disebabkan resipi acar timun jepun ini popular di TikTok, ramai pengguna merasa teruja dan ada yang sudah mencuba katanya sedap dan boleh ‘repeat’ banyak kali.

Bahan untuk membuatnya pun ringkas dan mudah untuk membuatnya. Nak makan ratah begitu pun tiada masalah. Jom kita lihat resipi dari perkongsian chef ini.

RESIPI ACAR TIMUN JEPUN GUNA SPRITE

Resipi ini asalnya viral dari China, jadi saya kongsikan semula ikut tekak Malaysian.

Portion hidangan: Seorang makan

Bahan-bahan: 

  • 1 batang timun jepun – dihiris panjang
  • 1 biji lemon – dipotong 
  • 2-3 batang cili padi – boleh tambah ikut selera masing-masing
  • 1 tin Sprite
  • Gula
  • Garam

Cara membuatnya:

  1. Basuh bersih timun tersebut dan kemudian potong sedikit kedua-dua hujung timun agar mudah untuk menghiris panjang.
  2. Selepas siap dihiris, potong pula buah lemon untuk diperapkan bersama timun.
  3. Susun cantik-cantik timun dan lemon yang sudah dihiris tadi ke dalam bekas kaca. 
  4. Masukkan cili yang sudah dipotong dan taburkan di atasnya.
  5. Masukkan pula air Sprite. Tutup bekas tadi dan kemudian simpan di dalam peti sejuk. Perapkan ia kira-kira 3-4 jam untuk tempoh matang.
  6. Bila sudah diperap, sudah siap dan boleh dihidang!

Mudah saja kan! Susun dalam bekas, perap beberapa jam dan boleh dimakan ratah macam tu. Terasa tekstur sedapnya yang pedas, manis, masam dan rangup timun tu. Fuhh!

Selamat mencuba!

Video Penuh:

@chefdaveveganjourney

Acar Timun Sprite Viral – Chef Dave. Full resipi ada dekat INSTAGRAM dan FB PAGES saya.. ChefDave VeganJourney. nak resipi lain? jgn lupa follow saya rapat2.. jangan lupa LIKE,FOLLOW dan SHARE. #chefdaveveganjourney #veganstyle #foodlover #lokal #resipimudah #viral #viralfoodtrend #sprite #acartimun

♬ original sound – ChefDave VeganJourney – ChefDave VeganJourney

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN