aiskrim cawan

Jom kita belajar buat aiskrim cawan pula. Ibu-ibu suri rumah juga boleh buat side income dengan aiskrim ini. Duduk rumah pun duit masuk, best kan?

Kalau nak buat untuk makan sendiri pun boleh. Bila tekak terasa kering akibat cuaca panas, ngap je aiskrim dalam peti ais.

Resipi aiskrim ini merupakan hasil perkongsian oleh Nurul Ashikin. Jom cuba!

Baca juga: Resipi Kek Coklat Moist, Guna Bekas Kecil Comel Macam Ni Sesuai Untuk Niaga

RESIPI AISKRIM CAWAN MUDAH

Bahan-bahan:

  • 1 tin susu pekat
  • 1 tin susu cair
  • 3 tin air
  • 2 sudu makan tepung jagung (bancuh dengan sedikit air)
  • 2 sudu makan ovalatte
  • 1 sudu makan esen vanilla/serbuk vanilla
  • 2 cawan fresh cream/whipping cream non-dairy (saya guna jenama vivo)

Cara penyediaan:

1. Masak base susu (susu pekat, susu cair dan 3 tin air) sehingga mendidih. Selepas mendidih, masukkan bancuhan tepung jagung dan kacau sebati. Tutup api.

2. Sejukkah dahulu bancuhan base, lebih elok jika bekukan semalaman. Fungsi supaya aiskrim lebih gebu.

3. Campurkan base susu tadi (kalau beku kena hancurkan dulu) dengan fresh cream bersama ovallate dan esen vanilla. Putar menggunakan kelajuan perlahan. Bila bancuhan dah sebati baru gunakan kelajuan nombor 4 atau 5. Putar lagi dalam 15 hingga 20 minit. Dah siap aiskrim

4. Akhir sekali isi filling dalam cawan dan masukkan aiskrim tadi. Boleh lorekkan filling di atas aiskrim menggunakan lidi. (filling boleh beli di kedai bakeri)

5. Bila dah siap, masukkan dalam freezer semalaman dan boleh makan. Aiskrim ini boleh tahan sehingga 2 bulan jika disimpan dengan betul.

Info: Kuantiti aiskrim boleh dapat dalam 35-40 cawan untuk resipi ini.

Kredit: Nurul Ashikin

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN