kuih nekbat sira

Jom buat Kuih Nekbat yang begitu popular di pantai timur ketika musim Ramadan ini. Memang susah nak jumpa orang menjual di sekitar KL dan Selangor ini, jadi kita buat sendiri di rumah. Lagi puas!

Kuih Nekbat merupakan sejenis kuih tradisional pencuci mulut yang diperbuat daripada tepung beras dan telur. Biasanya disediakan dalam dua fasa.

Baca juga: Kuih Bakar Pandan Guna Sukatan Mangkuk, Kuih Tradisi Melaka 

Pada fasa pertama, adunan tepung dibakar dan dimasak sehingga gebu seperti bahulu tetapi tawar dan lebih keras. Nekbat yang telah dimasak akan disimpan kering atau dijual kepada pelanggan yang akan menyediakannya sebelum dihidangkan. Nekbat kering ini tahan lebih lama dan boleh disimpan di dalam peti sejuk.

kuih nekbat

Popular ketika Ramadan di Pantai Timur

Pada fasa penyediaan akhir, nekbat ini akan disira dalam air gula yang dimasak dengan daun pandan dan cengkih bagi memberi bau wangi, dan dibiarkan jelira sebelum dihidangkan berkuah dengan air gula tersebut.

Apabila ia kembang dan bertukar kekuningan ia sedia untuk dihidangkan. Nekbat yang telah disira tidak boleh dibiarkan lama, kerana ia akan menjadi kembang dan hancur.

Kali ini, MyResipi ingin kongsikan resipi dari Marbitter, seorang pempengaruh yang suka menonjolkan masakan dan gaya hidup di kampung bersama ibunya.

Uniknya, masakan beliau sering menggunakan perkakas tradisional seperti  barang tembaga, lesung batu, masak pakai dapur arang dan semuanya manual. Menarik tau! Jom kita lihat cara-cara beliau membuat kuih nekbat secara tradisional ini.


RESIPI KUIH NEKBAT CARA MARBITTER 

kuih nekbat

Bahan-bahan:

  • Kuih Nekbat kering – boleh beli yang dah siap
  • Gula pasir 
  • Daun pandan
  • Bunga cengkih
  • Pewarna oren – optional
  • 4 cawan air

Cara-caranya:

1. Masak air diatas dapur. Masukkan gula, bunga cengkih daun pandan dan pewarna oren.

2. Bila air gula dah mendidih, masukkn nekbat kering.

3. Jangan dikacau, risau kuih itu boleh hancur. Tutup api dan angkat ke dalam pinggan. 

4. Siap untuk dihidang.


Jika teringin hendak membuat nekbat kering secara homemade, ini cara-caranya pula.

Bahan nekbat kering:

  • 1kg tepung beras
  • 12 biji telur ayam
  • 500g gula
  • 5 helai daun pandan 

Cara membuat nekbat kering:

1. Tepung beras di sanggai dengan api sederhana sehingga kering. Biarkan ianya sejuk. Telur dipukul hingga kembang dan berbuih.

2. Panaskan acuan dan sapu acuan dengan minyak kemudian taburkan sedikit tepung didalam adunan telur sedikit demi sedikit.

3. Tuang adunan tepung ke dalam acuan dan bakar hingga kuning.

4. Untuk siranya, masukkan 2 gelas air dan 10 sudu besar gula ke dalam periuk. Bila air gula sudah mendidih, masukkan nekbat yang telah siap dibakar.


Mudah saja kan jika ada nekbat kering di rumah, tinggal buat air gulanya sahaja untuk dihidangkan di rumah. Mesti ramai ingat rumit cara pembuataanya. Tak apa, boleh ikut cara mudah disini.

Selamat mencuba dan selamat menjamu selera!

Baca juga: Kuih Masalodeh Rangup Di Luar, Gebu Di Dalam, Buat Kat Rumah Lagi Puas!

VIDEO PENUH: 

@marbitter

Puasa day 10 #kongsiresepi kuih Nekbat, korang kalau teringin nak rasa nekbat boleh beli kat shopee. ada banyak kat situ Bahan-Bahan Nekbat yang belum disira gula daun pandan bunga cengkih air putih #inspirasiramadan

♬ original sound – Marbitter 🇲🇾 – Marbitter 🇲🇾

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN