Selain dari biskut semperit, tart, cornflakes madu dan sebagainya, kacang botak ini juga merupakan salah satu ‘kuih raya’ yang wajib ada pada hari raya.
Rasanya yang rangup, pedas dan berlemak pasti akan membuatkan kita tak sedar dah kunyah habis satu balang.
Bagi yang tak suka biskut manis-manis, kuih ini sangat sesuai untuk dicuba waktu hari raya nanti. Yang penting cara buat sangat senang dan modal pun murah!
CARA BUAT KACANG BOTAK
Bahan-bahan yang diperlukan:
- 400g kacang tanah
- 5 ulas bawang putih (ditumbuk)
- 1 sb serbuk cili
- 2 sb gula
- 3 sk garam
- 2 biji telur
- 1 sk ajinamoto
- 1 kiub ikan bilis (kalau suka perasa tomyam boleh diganti dengan kiub tomyam)
- 5 sb tepung gandum
- 1 sb tepung beras
Cara-cara penyediaannya:
1. Bersihkan kacang tanah tapi jangan basuh terlalu lama. Kemudian terus keringkan dan jemur bawah matahari sehingga kering (boleh ganti keringkan dalam oven sahaja).
2. Campur semua bahan yang disediakan (kecuali tepung) di dalam satu bekas dan gaul sehingga sebati.
3. Masukkan tepung gandum dan tepung beras. Gaul sampai sebati.
4. Panaskan minyak dan goreng hasil sebatian tadi menggunakan api sederhana.
5. Pastikan ia keperangan tetapi tidak terlebih garing.
6. Semasa menggoreng, buih-buih di atas minyak akan terhasil. Selepas masukkan kacang, terus kacau jangan berhenti untuk elakkan kacang melekat.
7. Goreng sehingga masak, angkat dan toskan minyak. Selamat mencuba!
Kredit: Are Peace