resipi biskut choc chip

Bila lalu je sebelah kedai jual biskut, mesti teringin sebab baunya yang wangi mesti teringat-ingat dekat rasanya yang rangup dan rapuh. Tapi kalau asyik beli, harga boleh tahan mahal juga untuk satu bekas. Sekali makan, tak lama terus habis. Apa kata jom buat sendiri ikut resipi Biskut Choc Chip oleh Myra Chaqkey ini.

Memang senang sangat nak buat. Semuanya perlu gaul saja, tak perlu guna mixer. Rasanya juga rangup, lembut, tak terlalu manis dan ada sedikit rasa pahit coklat chip yang lazat.

Resipi Biskut Choc Chip Ala ‘Famous Amos’

1. Bahan A: Kacau rata semua bahan

  • 250 gram Butter
  • 1 1/4 cawan brown sugar
  • Esen vanila 1 sudu kecil
  • 1 biji telur

Bila dah kacau, masukkan pula bahan B seperti bawah.

2. Tambahkan Bahan B

  • 2 1/2 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan tepung jagung
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1 sudu kecil soda bikarbonat
  • 6 sudu besar minyak
  • *2 cawan cip coklat (masukkan akhir sekali)

Gaulkan lagi dan kacau rata semua bahan di atas kecuali cip coklat. Bila dah sebati, baru tambahkan pula 2 cawan cip coklat.

3. Sejukkan adunan

Bila dah menjadi adunan, masukkan ke dalam peti sejuk sekejap dalam setengah jam.

4. Sedia dibakar

Lepas setengah jam, bolehlah keluarkan adunan dan sedia untuk membakar. Adunannya memang lembik sikit ya.

Masa susun atas loyang, jarakkan jauh sikit antara satu sama lain untuk bagi ruang pada biskut untuk mengembang.

5. Masukkan dalam oven

Bakar 20 minit suhu 150 darjah guna api atas bawah atau ikut kepanasan oven masing-masing.

Bila nampak biskut dah mengembang dan baunya dah harum semerbak, itu tandanya biskut dah hampir masak. Yang dalam gambar di bawah ni saya saja letak topping almond. Kalau kosong saja pun tak apa. Dah cukup sedap dah.

Bila dah masak, beginilah hasilnya. Nampak sedap kan! Rasa terus nak baham. Sabar, biarkan sejuk sikit. Nanti bolehlah makan atau simpan dalam bekas kedap udara.

Kredit: Myra Chaqkey

Baca juga: Cara Buat Waffle Yang Sedap & Garing, Ikut Je Sukatan Mudah Ini!