kentang goreng berlada

Ramai yang sudah mula work from office setelah sekian lama work from home kan? Bila balik rumah pasti dah tak larat nak masak. Tapi nak tak nak, tetap kena masak untuk keluarga. Jadi apa kata jom masak menu yang mudah dan cepat seperti kentang goreng berlada dengan ikan bilis ini. Ringkas tapi sangat menyelerakan.

Baca juga: Resipi ‘Laksa Express’ Guna Sardin Tin, Sekejap Je Dah Siap Masak

RESIPI KENTANG GORENG BERLADA DENGAN IKAN BILIS

Bahan-bahan:

  • Bawang merah*
  • Bawang putih*
  • Cili api merah*
  • Cili api hijau*
  • Limau kasturi (jika suka)
  • Garam
  • Gula
  • Ajinamoto
  • Kentang
  • Ikan bilis

Cara-cara:

  1. Potong kentang secara membulat. Tapi jangan terlalu nipis dan tak terlalu tebal. Kemudian goreng kentang sehingga masak. Angkat dan ketepikan.
  2. Goreng juga ilkan bilis, angkat dan ketepikan.
  3. Kisar kasar bahan bertanda (*). Kemudian tumis semua bahan yang sudah dikisar kasar sehingga garing.
  4. Masukkan garam, sedikit gula, ajinamoto dan juga perahan asam limau untuk dapatkan aroma wangi (jika suka).
  5. Apaila sambal sudah garing, masukkan kentang dan ikan bilis yang sudah digoreng tadi. Gaul sebati dan siap untuk dihidangkan.

Satu lauk ini pun dah cukup, makan dengan nasi panas-panas. Sedapnya! Selamat mencuba.

Kredit: Nurul Ain Alaui

Baca juga: Cara Buat Ayam Goreng Kunyit Sedap, Sama Macam Dekat Kedai Thai

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN