ikan kerapu masakEntri kali ini kami akan kongsikan satu resipi yang sangat menarik iaitu ikan kerapu masak kuah limau. Sesuai yang dah kering idea untuk lauk lunch!

Ikan kerapu kuah limau ini lebih kurang masak 3 rasa sahaja, bahan-bahan penyediaan juga lebih kurang sama. Cuma kita akan lebihkan masam sedikit sahaja. Barulah surrr.

Gabungan pedas, masam, manis tambah pula ikan kerapu yang rangup, memang mantap!

Jom tengok resipi oleh Encik Muhammad Ismail Mohd Ali ini.

Baca juga: Resipi Burger Ayam, Ibu Tak Pening Kepala, Anak Mesti Berselera!

RESIPI IKAN KERAPU MASAK KUAH LIMAU

Bahan-bahan

  • Seekor ikan kerapu yang segar
  • 10 ulas bawang putih – dicincang halus
  • 3 biji bawang besar – dicincang halus
  • 4 tangkai cili merah – dicincang halus
  • 4 batang cili padi merah – dipotong kecil
  • 2 biji tomato – dipotong dadu
  • 2 batang serai – dipotong halus
  • 4 tangkai cili kering – dipotong kasar
  • 3 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu besar sos ikan
  • 2 sudu besar pes tomyam
  • 4 sudu besar pes stim limau
  • Sedikit daun ketumbar – dihiris halus
  • 3 helai daun limau purut – buang urat tengah
  • 1 sudu besar tepung jagung
  • Serbuk kunyit, garam, dan gula secukupnya
  • Sedikit air
  • Minyak untuk menggoreng

Cara Penyediaan

1. Bersihkan ikan kerapu dan lumurkan dengan garam, serbuk kunyit, dan tepung jagung.

2. Goreng ikan tersebut sehingga garing. Angkat dan letakkan di atas pinggan.

3. Panaskan minyak dalam kuali.

4. Tumis semua bahan yang telah dipotong tadi, termasuk bawang putih, bawang besar, cili merah, cili padi, serai, dan cili kering.

ikan kerapu masak

5. Masukkan tomato yang telah dipotong dadu.

6. Tambahkan sos tiram, sos ikan, sos tomato, gula, dan garam.

7. Masukkan pes tomyam dan pes stim limau. Tambahkan sedikit air untuk membuat kuah.

8. Biarkan masak sehingga kuah mendidih dan sebati.

9. Tuangkan kuah yang telah dimasak tadi ke atas ikan yang telah digoreng.

10. Hiaskan dengan daun ketumbar yang dihiris halus.

Tips

  • Pastikan ikan digoreng dengan cukup garing untuk mendapatkan tekstur yang rangup.
  • Boleh menambah atau mengurangkan cili mengikut tahap kepedasan yang diingini.
  • Jika mahu lebih berkuah, tambahkan air mengikut kesesuaian.

Sumber: Muhamad Ismail Mohd Ali

Baca juga: Resipi Tauhu Berlauk Kukus, Sesuai Untuk Yang Tengah Diet! 

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN