Menu kali ini ialah kukkra curry, resepi ini lebih kurang seperti kari ayam di negara kita cuma cara masakan dan bahan-bahannya agak berbeza kerana ia resepi asal daripada Nepal.

Kalau korang teringin nak tahu macam mana rasanya masakan orang Nepal, jom cuba resepi yang dikongsikan ini.

Bahan-bahan

  • Seekor ayam
  • 5 biji bawang merah*
  • 3 biji bawang putih*
  • 1 inci halia*
  • 4 biji tomato dipotong dadu
  • Ubi kentang
  • 1 pokok daun ketumbar
  • 5 sdb yogurt asli
  • 6 sdb serbuk kari

Kisar bahan bertanda (*)

CARA PENYEDIAAN

  1. Tumis semua bahan yang sudah dikisar sehingga naik bau.
  2. Masukkan tomato dan serbuk kari lalu kacau sehingga naik minyak.
  3. Kemudian masukkan ayam, kentang dan sedikit air.
  4. Biarkan sehingga air mendidih dan ayam sudah mulai masak.
  5. Masukkan yogurt dan daun ketumbar yang sudah dipotong.

Siap dan selamat mencuba!

Sumber: Aslyna Nor Hassan

 

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN