
Hari ini teringin makan hidangan daripada masakan Padang, jadi kami begitu teruja untuk kongsikan cara buat Ayam Masak Minang ini. Setelah cuba sekali, pasti nak buat lagi nanti.
Ayam Masak Minang mempunyai rupa yang lebih kurang sama seperti rendang dan gulai, cuma rasanya sedikit berbeza dengan rempah-ratus yang digunakan.
Shamsinar Salim telah kongsikan resipinya di Facebook dengan langkah demi langkah yang sangat mudah dan kami yakin anda akan menyukainya. Jom kita cuba!
Baca juga: Ayam Masak Ros Ala Kenduri, Sedapnya Macam Makan Beradab Dengan Pengantin!
RESIPI AYAM MASAK MINANG

Bahan-bahan:
- 1 ekor ayam
- 1 helai daun kunyit
- 4 helai daun limau purut
- 200ml santan
- 2 keping asam gelugor
- Garam secukup rasa
- Minyak untuk menumis
Bahan-bahan kisar:
- 1 inci lengkuas
- 1 inci halia
- ½ inci kunyit
- 2 biji bawang besar
- 4 ulas bawang putih
- 4 biji buah keras
- 12 tangkai cili kering
- 4 biji cili api
- 4 batang serai
Cara-cara memasak:
1. Mula-mula, bersihkan ayam, potong ikut citarasa dan toskan.
2. Selepas itu, panaskan sedikit minyak dan tumis bahan-bahan kisar.
3. Kemudian, masak sampai bahan tumisan masak dan airnya kering.
4. Masukkan ayam dan gaulkan rata-rata, kemudian biarkan ia masak.
5. Seterusnya, tuangkan santan bersama sedikit air supaya ia tak terlalu pekat.
6. Setelah itu, perasakan dengan garam secukup rasa bersama asam gelugor, gula merah sambil rasakan kuahnya.
7. Akhir sekali, masak di atas api yang sederhana dan biarkan ia mendidih serta kuahnya pekat. Siap untuk dihidang!

Banyak juga komen tentang resipi Ayam Masak Minang ini yang mengatakan lauk ini begitu sedap sampaikan keluarga minta buat lagi di rumah.
Sudah sering buat ayam goreng, sekali-sekala mesti nak tukar selera dengan masakan Padang pula. Oleh itu, lauk ini merupakan pilihan tepat buat anda seisi keluarga.
Selamat mencuba!
Sumber: Shamsinar Salim
Baca juga: Resepi Ayam Masak Bali Versi Cepat Siap, Gerenti Makan Sampai Bertambah!
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














