cara buat bakso

Jika sudah biasa membuat tauhu bergedil, apa kata kali ini kita cuba belajar cara buat bakso tauhu yang mudah dan sedap.

Menu ini dipanggil bakso tauhu kerana cara penyediaan intinya hampir sama seperti membuat bebola daging bakso, cuma kali ini intinya disumbat ke dalam tauhu.

Kalau ada yang tertanya-tanya bagaimana rasanya, jom cuba buat sendiri di rumah dengan mengikuti resipi di bawah!

Baca juga: Cara Buat Tauhu Berlauk, Sedapnya Cicah Dengan Resipi Sambal Kicap Istimewa

CARA BUAT BAKSO TAUHU

cara buat bakso

Bahan-bahan:

  • 1 bungkus tauhu pok
  • 500 gram isi ayam
  • 1/2 biji bawang holland
  • 3 ulas bawang putih
  • 1/2 batang lobak merah (diparut atau potong kecil)
  • 2 biji telur
  • 1 sb gula
  • 1 sb serbuk pati ayam
  • 1 sk garam
  • 1 sk serbuk lada putih
  • Sedikit perasa (optional)
  • 2 sb tepung ubi
  • Sedikit daun bawang

Cara-cara:

  1. Gunting tauhu pok dengan bentuk ‘x’ di bahagian atas dan keluarkan isinya.
  2. Bila dah siap, ketepikan terlebih dahulu.
  3. Seterusnya, sediakan chopper. Masukkan isi ayam, bawang holland, bawang putih, lobak merah, isi tauhu pok, telur, gula, serbuk pati ayam, garam, serbuk perisa dan serbuk lada putih ke dalam chopper tersebut.
  4. Kisar semua bahan sampai halus. Selepas siap kisar, alihkan adunan ke dalam bekas besar sedikit.
  5. Selepas itu, masukkan tepung ubi dan daun bawang ke dalam bekas berisi adunan yang dikisar tadi. Gaul semua bahan sampai sebati.
  6. Paipkan adunan ke dalam piping bag dan paipkan ke dalam tauhu tadi.
  7. Bila dah siap isi semua akan dapat 25 biji. Lebihan adunan simpan dalam peti sejuk.
  8. Kukus adunan selama 20 minit atau sampai masak.
  9. Bila sudah masak, boleh angkat dari kukusan dan sejukkan.
  10. Boleh terus dimakan dengan sos atau boleh juga kalau nak goreng atau bakar dalam air fryer.

Selamat mencuba!

Sumber: Cik Puan Hana

Baca juga: Resipi Tauhu Berlauk Lembut & Berjus, Memang Ngam Cicah Sambal Kicap

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN