sos steamboat

Buat penggemar steamboat, jom cuba resepi sos steamboat homemade ini. Apa yang menarik, anda boleh ubah suai sos mengikut selera masing-masing. Baru puas hati!

Selain untuk steamboat, sos ini juga sangat sesuai untuk dicicah bersama popia vietnam, kerang, udang dan sotong bakar. Boleh dikatakan ia merupakan pencicah serba guna.

Baca juga: Resepi Sos Pencicah Thailand Paling Simple, Ini Rahsia Sedap Macam Beli

RESEPI SOS STEAMBOAT

sos steamboat

Bahan kisar:

  • 10 biji lada merah besar (buang biji)
  • 10 biji cili padi merah (jika tak suka pedas, boleh kurangkan)
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 genggam batang ketumbar bersama akarnya

Bahan sos:

  • Setengah botol sos cili
  • 2 sudu besar minyak bijan
  • 5 sudu besar sos ikan
  • 5 sudu besar cuka makan
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar sunquick
  • 2 kiub pati ayam
  • 2 sudu besar tepung jagung (dibancuh dengan setengah gelas air)
  • 2 gelas air
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 2 sudu besar bijan putih
  • 1 mangkuk kecil daun ketumbar (dihiris halus)
  • 6 biji bawang putih (dicincang halus)

Cara-cara:

  1. Kisar semua bahan hingga lumat bersama sedikit air.
  2. Masukkan semua bahan kisar dan bahan sos ke dalam periuk kecuali air tepung jagung dan daun ketumbar.
  3. Kacau rata, kemudian biarkan mendidih. Setelah itu, masukkan air tepung jagung dan kacau sebati.
  4. Perlahankan api dan biarkan sos mereneh selama 20 minit atau hingga kuah agak pekat. Rasa masam, pedas dan manisnya. Jika ada yang terkurang, tambah garam, gula atau apa-apa yang perlu.
  5. Taburkan hirisan daun ketumbar di atas sos. Sos lebih sedap jika dibiarkan sebentar.

Tip: Jika sos terlalu cair, tambah air bancuhan tepung jagung. Jika terlalu pekat, tambah sedikit air. Sos siap untuk dinikmati!

Sumber: Aisyah Humaira

Baca juga: Cara Buat Sos Black Pepper Paling ‘Letup’, Resipi Dari Peniaga Sendiri

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN