resepi blueberry cheesecake

Apabila ditanya tentang pencuci mulut yang disukai, semestinya ramai akan jawab kek. Disebabkan itu, MyResipi nak kongsi resepi Blueberry Cheesecake dengan cara buat yang sangat jimat!

Kek ini sering dihidangkan di bufet hotel dan boleh dikatakan ia merupakan salah satu kek premium yang sukar dijumpai yang dijual di luar. Jika ada sekalipun harganya agak mahal.

Menurut perkongsian resepi Blueberry Cheesecake oleh SuiSan Aliezsha di Facebook, kos untuk buat sendiri kek ini sebenarnya lebih jimat, tak sampai RM30 sekalipun. Jom kita cuba!

Baca juga: Kek Viral Cheesecake Istanbul Lembut Berkrim, Nikmatnya Macam Makan Di Kafe Turki

RESEPI BLUEBERRY CHEESECAKE

resepi blueberry cheesecake

Bahan-bahan untuk lapisan bawah:

  • 8 atau 9 keping biskut digestive (saya guna biskut jacobs weetameal, jika tiada, boleh guna biskut belvita)
  • 2 sudu makan butter

Bahan-bahan untuk cheese:

Cara-cara membuat lapisan bawah:

1. Mula-mula, hancurkan biskut dengan lesung batu.

2. Selepas itu, masukkan biskut yang telah dihancurkan ke dalam bekas.

3. Kemudian, masukkan pula butter yang telah dicairkan dan gaul sebati.

4. Alaskan loyang dengan kertas minyak, kemudian masukkan biskut ke dalam loyang dan tekan-tekan untuk dipadatkan (saya guna saiz 5 sebab adunan tak banyak).

Cara-cara membuat cheese:

1. Mula-mula, campurkan cream cheese dan gula halus, kemudian kacau sebati.

2. Selepas itu, masukkan telur ayam dan putar lagi.

3. Kemudian, masukkan jus lemon dan putar lagi sekali.

4. Masukkan pula tepung gandum dan gaul sampai rata.

Cara-cara membuat kek:

1. Setelah siap adunan cheese, tuangkan ke dalam loyang berisi biskut hancur tadi.

2. Kemudian, bakar pada suhu 160ºC selama 20 minit.

3. Selepas masak, biarkan sejuk terlebih dahulu.

4. Akhir sekali, letak jem blueberry di atasnya dan sejukkan dalam peti sejuk selama beberapa jam, kemudian boleh potong. Siap untuk dinikmati!

resepi blueberry cheesecake

Anda akan puas hati dengan resepi Blueberry Cheesecake ini kerana bukan saja teksturnya ringan dan berkrim, malah terasa kesegaran blueberry dan cream cheese yang cair di mulut.

Selamat mencuba!

Sumber: SuiSan Aliezsha

Baca juga: Cara Orang Bujang Buat Mango Cheesecake, Tak Perlu Bakar Atau Kukus!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN