idea potluck tadika

Apabila guru tadika umumkan ada potluck, mak-mak mesti mula fikir nak bawa apa yang mudah dan cepat siap. Jangan risau, ada beberapa idea potluck tadika yang comel belaka.

Di sini kami sediakan senarai idea potluck tadika yang simple, comel dan mesra kanak-kanak. Semuanya mudah dibawa dan sesuai sangat untuk majlis sekolah anak. Jom kita tengok!

Baca juga: Senarai Kuih Goreng Untuk Menu Minum Petang, Ramai Kata Sedap!

SENARAI IDEA POTLUCK TADIKA PALING SIMPLE DAN COMEL

1. SANDWICH

idea potluck tadika

Kredit gambar: Facebook Yusma Mustafa

Boleh guna inti telur atau tuna yang ringan dan mudah dimakan. Potong dalam saiz kecil supaya kanak-kanak mudah pegang.

2. ONIGIRI (NASI KEPAL)

idea potluck tadika

Kredit gambar: Facebook Mumymaria Mohamad

Nasi kepal yang mengenyangkan dan mudah dipegang. Isi ringkas seperti tuna mayo saja sudah cukup sedap.

3. CORNDOG MINI

idea potluck tadika

Kredit gambar: Facebook Zahirah Idris

Sosej bersalut adunan rangup memang kegemaran budak-budak. Saiz mini membantu elak makanan bersepah.

4. PANCAKE KAPIT

idea potluck tadika

Kredit gambar: Facebook Adri Oppa

Pancake nipis berintikan coklat atau jem memang mudah dimakan. Rasanya lembut dan tak terlalu manis.

5. APAM CORNETTO

idea potluck tadika

Kredit gambar: Facebook Adryan Hamka

Apam berbentuk kon yang comel dan menarik perhatian kanak-kanak. Teksturnya gebu dan sedap digigit.

6. MANTOU SANDWICH

idea potluck tadika

Kredit gambar: Facebook Nur Masri

Mantou kukus yang lembut diisi ayam mayo atau telur. Ringkas dan mengenyangkan untuk anak-anak.

7. APAM BUNNY

idea potluck tadika

Kredit gambar: Facebook Izan Zuraihan

Apam berbentuk arnab yang pasti buat anak-anak teruja. Lembut, manis sederhana dan sesuai untuk potluck.

8. PIZZA MINI

idea potluck tadika

Kredit gambar: Facebook Nourha Sein

Topping simple seperti sosej dan jagung sudah cukup membuatkan anak-anak suka. Saiz mini memudahkan mereka makan tanpa comot.

9. CREAM-O POP STICK

idea potluck tadika

Kredit gambar: Facebook Siti Shamsina

Biskut Cream-O dicucuk pada batang dan dicelup coklat. Mudah dibuat tetapi tetap nampak kreatif.

10. KEK COKLAT MINI

idea potluck tadika

Kredit gambar: Facebook Jelita Rose

Kek coklat moist potongan kecil memang pilihan selamat. Senang dimakan dan tak mudah bersepah.

11. PUDING SUMI JELLY

Kredit gambar: Facebook Hasyimah Harun

Puding lembut dengan potongan sumi memberikan tekstur yang menarik. Sesuai dihidang dalam cup kecil.

12. APOLLO CAKE POPSICLE

Kredit gambar: Facebook Jaja Noriza

Apollo yang dicelup coklat dan dihias sprinkle nampak seperti aiskrim batang. Ringkas dan mudah disediakan.

13. AISKRIM MALAYSIA

Kredit gambar: Facebook Roshidah Abu Bakar Shidah

Perisa sirap, laici, milo atau warna-warni memang pilihan kegemaran kanak-kanak. Sangat menyegarkan terutama pada cuaca panas.

14. DADIH

Kredit gambar: Facebook Nur Diyana Isha

Disediakan dalam cup kecil supaya mudah diambil. Teksturnya lembut dan rasanya tidak terlalu manis.

15. BUAH POTONG

Kredit gambar: Facebook Cakes & fruits decorations

Pilih buah lembut seperti tembikai, anggur atau epal supaya anak-anak mudah kunyah dan tak comot apabila makan.

Semoga bermanfaat!

Kredit gambar: Facebook Izan Zuraihan, Adryan Hamka & Jaja Noriza

Sumber: eCentral.my

Baca juga: Senarai Idea Makanan Potluck Ikut Abjad Dari A Sampai Z, Lengkap & Sedap Belaka!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN