Bagi anda yang gemar membuat persiapan Hari Raya sambil membeli-belah, Absolut Bazaar X Festival Gaya Raya (ABFGR) kembali lagi untuk edisi 2027 dengan lebih banyak tarikan menarik!

Dianjurkan oleh ABGR PLT, acara yang pernah diiktiraf The Malaysia Book of Records sebagai Ekspo Festival Raya Terbesar di Malaysia pada 2024 ini bakal berlangsung di dua lokasi.

Lokasi pertama ialah Malaysia International Trade and Exhibition Centre (MITEC), Kuala Lumpur dari 19 Februari 2027 hingga 22 Februari 2027 selama 66 jam tanpa henti.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by OHBULAN! (@ohbulanofficial)

 

Buat pertama kalinya, ABFGR turut melebarkan sayap ke Pantai Timur menerusi acara di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan dari 5 Mac 2027 hingga 7 Mac 2027.

Dengan sasaran penyertaan lebih 900 vendor, pengunjung boleh menikmati pelbagai aktiviti seperti Mini Absolut Foodfest, konsert mini, sesi ramah mesra bersama selebriti dan pempengaruh, jualan Happy Hour, cabutan bertuah serta Money Chamber.

TAMPIL DENGAN KONSEP BAHARU, TAPESTRY BY ABGR: SINGGAH RAYA

Lebih menarik, pihak penganjur turut memperkenalkan Tapestry by ABGR: Singgah Raya yang bakal berlangsung pada 26 Februari 2027 hingga 28 Februari 2027 di The Arch Galeries.

Menurut Pengasas Bersama ABGR PLT, Nadiyah Shahab, acara ini membawakan pengalaman berbeza daripada ABFGR menerusi tiga konsep utama iaitu Premium, Pasar Lambak (Flea Market) dan Mini Absolut Foodfest (Mini AFF).

Harga booth yang ditawarkan bermula daripada RM2,800 hingga RM4,000 mengikut kategori dan kedudukan booth. Inisiatif ini juga membuka lebih banyak peluang kepada peniaga yang ingin menyertai acara dengan pakej lebih mampu milik.

ATOME, MEDIA PRIMA & BLACKMORES JADI RAKAN RASMI

Dalam masa sama, ABFGR 2027 turut mengumumkan kerjasama dengan tiga rakan rasmi baharu.

ATOME diperkenalkan sebagai Rakan Pembayaran BNPL Rasmi, Media Prima Berhad sebagai Media Rasmi dan Blackmores Malaysia sebagai Rakan Kesihatan dan Kesejahteraan Rasmi.

Kerjasama ini diharap dapat memberikan pengalaman yang lebih lancar dan menarik kepada pengunjung serta vendor sepanjang acara berlangsung.

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Trending