mantou sandwich

Buat anda yang tak pernah cuba buat bekal dengan menggunakan mantou, inilah masanya. Resipi Mantou Sandwich Telur ini sangat mudah, namun hasilnya cukup mengagumkan.

Mantou merupakan sejenis roti kukus dari China, tapi dalam resipi ini ia digoreng terlebih dahulu untuk mendapatkan tekstur yang rangup keemasan di luar.

Resipi ini dikongsikan oleh Nur Masri di Facebook dan terus menjadi kegemaran ramai kerana rupanya yang menggoda selera. Silap-silap, makan satu pun rasa tak cukup. Jom kita cuba!

Baca juga: Mini Mantou Nugget Burger, Sarapan Comel Untuk Anak Ke Sekolah

RESIPI MANTOU SANDWICH TELUR

mantou sandwich

Bahan-bahan:

  • 1 bungkus mantou
  • 3 biji telur rebus
  • Sedikit serbuk lada sulah
  • 2 sudu besar mayonis
  • Sedikit garam dan gula

Cara-cara membuat:

1. Mula-mula, panaskan minyak, goreng mantou sampai keemasan, angkat dan toskan.

2. Selepas itu, kupas telur rebus dan lenyekkan dengan sudu sampai hancur.

3. Masukkan mayonis, garam, gula dan serbuk lada sulah, kemudian gaul sebati.

4. Ambil pisau bergerigi dan belah mantou yang digoreng tadi, tapi jangan sampai putus bahagian bawahnya.

5. Kemudian, letakkan daun salad di bahagian tengah mantou.

6. Akhir sekali, isikan telur sampai melimpah di bahagian atas mantou. Siap untuk dihidang!

Selamat mencuba!

Sumber: Nur Masri

Baca juga: Sandwich Telur Rebus Paling Simple, Bahan Ringkas Tapi Rasa Premium!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Trending