resepi aiskrim malaysia

Sempena bulan kemerdekaan ini, apa kata kita cuba resepi Aiskrim Malaysia Jalur Gemilang? Bukan sekadar pencuci mulut, tapi boleh jadi simbol semangat merdeka yang penuh warna-warni.

Seperti yang semua tahu, aiskrim Malaysia merupakan aiskrim tempatan yang sangat popular sejak dulu lagi, terutama di kalangan mereka pada tahun 80 hingga 90-an.

Nak buat sendiri Aiskrim Malaysia Jalur Gemilang di rumah, boleh ikut langkah demi langkah yang dikongsikan oleh Roshidah Abu Bakar Shidah di Facebook ini. Jom kita cuba!

Baca juga: Resepi Kek Lapis Kukus Merdeka, Jiwa Patriotik Menggunung Bila Lihat Hasilnya

RESEPI AISKRIM MALAYSIA JALUR GEMILANG

resepi aiskrim malaysia

Kredit gambar: Facebook Afeefah Ahmad

Bahan-bahan:

Cara-cara membuat:

1. Mula-mula, campurkan susu pekat, susu cair, air, esen vanilla dan garam. Masak sampai mendidih.

2. Kemudian, masukkan bancuhan tepung jagung dan serbuk jeli, kacau sampai pekat sekejap dan tutup api.

3. Biarkan sejuk sebentar. Sementara itu, paipkan strawberry filling ke dalam plastik aiskrim, buat corak melintang.

4. Selepas itu, bahagikan bancuhan susu kepada 3 warna, iaitu putih, biru dan kuning.

5. Seterusnya, masukkan lapisan putih dahulu, kemudian biru dan akhir sekali kuning.

6. Ikat kemas, simpan dalam peti sejuk dan bekukan sampai keras.

Tips dalam resepi Aiskrim Malaysia Jalur Gemilang ini:

  • Bancuhan susu lebih baik disejukkan dulu sebelum masuk warna, supaya lapisan cantik dan tak bercampur.

Selamat mencuba!

Kredit gambar muka depan: Facebook Afeefah Ahmad 

Sumber: Roshidah Abu Bakar Shidah

Baca juga: Puding Red Velvet Jalur Gemilang, Boleh Cuba Resipi Ini Sempena Hari Merdeka!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN