
Tiba-tiba anak beritahu ada jamuan di sekolah dan kena bawa makanan di rumah sebagai potluck. Mak-mak tak payah pening, buat saja Apollo Cake Popsicle yang menarik ini.
Bukan saja rupanya cantik dan berwarna-warni, malah bentuknya seperti aiskrim yang comel sudah cukup membuatkan kanak-kanak tertarik untuk menikmatinya.
Jaja Noriza telah kongsikan cara buat Apollo Cake Popsicle yang sangat mudah di Facebook sempena jamuan sekolah anaknya. Jom kita cuba!
Baca juga: Puding Sumi Jelly Ala Tutti Fruity, Warna-Warni Begini Mesti Budak-Budak Suka!
CARA BUAT APOLLO CAKE POPSICLE

Bahan-bahan:
- Apollo
- Batang aiskrim
- White chocolate
Cara-cara membuat:
1. Mula-mula, pastikan anda sudah menyediakan apollo yang bungkusannya berwarna kuning kerana ia sudah siap dengan salutan coklat.
2. Selepas itu, cucuk setiap apollo dengan batang aiskrim dan letak di atas dulang atau bekas yang besar.

3. Kemudian, cairkan white chocolate dengan kaedah double boiler.
4. Seterusnya, masukkan white chocolate yang telah cair ke dalam piping bag.
5. Setelah itu, boleh paipkan white chocolate di atas apollo dan hiaskan mengikut kreativiti masing-masing.
6. Akhir sekali, simpan dalam peti sejuk selama 5 minit. Siap untuk dinikmati!
Maklumlah kanak-kanak memang suka makanan yang comel dan menarik. Jadi, Apollo Cake Popsicle adalah salah satu idea kreatif untuk mak-mak cuba di rumah.
Jika anda bosan dengan Apollo Cake Popsicle yang sama dan ingin variasi lain, boleh guna perisa lain pula seperti blueberyy, pandan, strawberry dan sebagainya.
Rasanya tak cukup jika hanya hias dengan white chocolate, jadi anda boleh tambah lagi dengan bahan hiasan lain seperti chocolate rice, sprinkles, smarties, badam hancur dan banyak lagi.
Mak-mak mesti puas hati setelah membuat snek yang comel ini dan kami yakin anak anda akan seronok untuk membawanya ke sekolah nanti. Silap-silap, satu bekas pun boleh licin.
Manalah tahu nak buat majlis hari lahir untuk anak di rumah, boleh sediakan snek ini sebagai idea pencuci mulut yang menarik juga.
Selamat mencuba!
Sumber: Jaja Noriza
Baca juga: Cara Buat Puding Coklat Cream-O Yang Cantik Menawan, Serius Menjadi!
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














