sandwich telur mayo

Bangun pagi terus terfikir nak buat Sandwich Telur Mayo untuk sarapan di rumah. Menu paling senang nak buat, tapi sedapnya tak pernah mengecewakan.

Setiap orang pasti ada cara tersendiri untuk hasilkan Sandwich Telur Mayo yang sedap. Tak kisahlah gaya macam mana sekalipun, paling penting hasilnya berkrim dan cukup rasa.

Resipi Sandwich Telur Mayo oleh Yusma Mustafa di Facebook memang ringkas tapi sedap teramat. Selain itu, ada rahsia supaya tak rasa muak apabila makan. Jom kita cuba!

Baca juga: Mantou Sandwich Telur Inti Melimpah, Idea Bekal Jimat & Sedap Guna 5 Bahan Mudah!

RESIPI SANDWICH TELUR MAYO

sandwich telur mayo

Bahan-bahan:

  • Telur rebus
  • Mayonis
  • Air perahan lemon
  • Lada sulah (pilihan)
  • Marjerin
  • Roti keping

Cara-cara membuat:

1. Mula-mula, hancurkan telur rebus menggunakan sudip. Biar hancur kasar saja supaya ada tekstur.

2. Kemudian, masukkan mayonis. Untuk sebiji telur, guna lebih kurang 2 hingga 3 sudu besar mayonis. Jika guna telur yang banyak, gandakan ikut sukatan.

3. Selepas itu, perah sedikit air lemon untuk beri rasa masam-masam segar.

sandwich telur mayo

4. Seterusnya, tambah lada sulah jika suka.

5. Setelah itu, sapu marjerin pada roti keping, kemudian letakkan inti telur mayo tadi.

6. Akhir sekali, potong ikut suka. Buang kulit tepi jika anak-anak tak suka.

Kombinasi telur rebus bersama mayonis berkrim menjadikan rasanya begitu menyelerakan. Oleh itu, ia sesuai untuk sarapan, bekal anak ke sekolah atau minum petang.

Selamat mencuba!

Sumber: Yusma Mustafa

Baca juga: Sandwich Telur Rebus Paling Simple, Bahan Ringkas Tapi Rasa Premium!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Trending