resepi dadih homemade sedap

Banyak masa lapang pada hujung minggu, tapi teringin nak buat pencuci mulut yang sedap. Oleh itu, kami cadangkan anda buat resepi Dadih homemade sedap berkrim ini di rumah.

Teringat sewaktu zaman sekolah, pasti singgah untuk beli Dadih. Warnanya menarik dan lembut, jadi tak hairanlah pencuci mulut ini digemari ramai terutamanya kanak-kanak.

Selama ini beli di luar saja, jadi kali ini anda boleh buat sendiri di rumah dengan resepi Dadih homemade sedap yang dikongsikan oleh Mas Cotek di Facebook ini. Jom kita cuba!

Baca juga: Cara Nak Buat Dadih Gedik, Punyalah Sedap Sampai Mak Kata Boleh Buat Niaga

RESEPI DADIH HOMEMADE SEDAP

resepi dadih homemade sedap

Bahan-bahan:

Bahan-bahan lain:

Cara-cara membuat:

1. Mula-mula, didihkan air bersama serbuk agar-agar.

2. Selepas itu, masukkan gula dan masak sampai semuanya larut.

3. Masukkan susu cair dan susu pekat, kemudian kacau sebati dan biarkan sampai mendidih.

4. Apabila sudah mendidih, terus tutup api.

5. Seterusnya, bahagikan adunan dadih kepada 2 hingga 3 bahagian.

6. Kemudian, masukkan perasa yang disukai dan kacau sampai sebati.

7. Setelah itu, tuang ke dalam bekas-bekas dadih.

8. Akhir sekali, sejukkan selama beberapa jam dalam peti sejuk. Siap untuk dinikmati!

resepi dadih homemade sedap

Antara tips berguna dalam resepi Dadih homemade sedap ini:

  • Nak permukaan licin, selepas masukkan susu cair dan pekat, perlahankan api dan biarkan mendidih. Jangan guna api besar dan tak perlu didih sampai membuak-buak.
  • Tuang dengan perlahan supaya tak terjadinya buih di permukaan dadih.
  • Bagi membuat layer, bahagikan adunan kepada dua bahagian, satu bahagian masukkan esen vanilla, satu bahagian masukkan sirap ros atau jagung.
  • Kisar sedikit jagung krim untuk perasa jagung yang sedap.
  • Bagi perasa keladi, dadukan keladi kukus.
  • Bagi perasa pandan pula, guna 4 hingga 5 helai daun pandan atau pes pandan.

Selamat mencuba!

Sumber: Mas Cotek

Baca juga: Resepi Dadih ‘Legend’ Sukatan Cawan, Lemak Berkrim Dan Cair Di Mulut!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN