Gulai pisang muda ini salah satu makan kampung yang jarang kita jumpa. Kalau tanya generasi muda, mereka mesti berfikir dua tiga kali sebelum makan.
Mesti mereka pelik apabila pisang dan kulitnya dibuat lauk. Tapi sebenarnya sangat sedap. Rasa berlemak dan kalau nak lagi best, buat pedas-pedas sikit. Memang umph!
Jom kita cuba Resepi Cikgu Ani menerusi laman blogspot milik beliau.
Baca juga: Resipi Jemput Kelapa Rangup, Satu Hari MOOD Gembira!
RESIPI GULAI PISANG MUDA
Bahan-Bahan:
- 10 biji pisang muda – Kupas kulitnya dan potong dua. Ambil kulitnya sekali. Rendam dalam air garam sementara menyediakan bahan-bahan lain.
- 15 biji cili api (boleh tambah jika suka pedas)
- 2 inci kunyit hidup
- 3 ulas bawang putih
- 1 biji bawang besar (boleh juga guna bawang kecil dalam 5 biji)
- 1 batang serai
- Segenggam ikan bilis
- 1 cawan santan pekat
- 3 cawan air
- Garam secukup rasa
Cara Penyediaan:
1. Dalam lesung batu, masukkan cili api dan kunyit. Tumbuk hingga lumat.
2. Masukkan bawang putih dan tumbuk hingga lumat.
3. Masukkan bawang besar dan tumbuk hingga lumat.
4. Masukkan ikan bilis dan tumbuk kasar (pecah-pecahkan sahaja ikan bilis tersebut).
5. Masukkan serai dan titik-titikkannya.
6. Cuci pisang hingga bersih.
7. Masukkan semua bahan tumbuk, pisang, kulit pisang, dan air ke dalam periuk. Masak hingga pisang empuk.
8. Masukkan santan pekat dan masak hingga mendidih.
9. Masukkan garam dan kacau rata.
10. Tutup api dan hidangkan.
Sumber: Resipi Cikgu Ani
Baca juga: Resipi Telur Dadar Goreng Tepung, Lauk ‘Emergency’ Hujung Bulan