Mesti ramai yang tak pernah dengan nama biskut ini. Kalau korang peminat cornflakes, korang wajib buat biskut ini sebab memang sedap dan mudah sahaja nak buatnya. Dalam biskut ini ada campuran kacang badam, coklat cip dan juga cornflakes. Jom cuba resepi yang dikongsikan oleh Nor Khomarriah Norrohman di Facebook.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

RED PEARL COOKIES

Mesti ramai yang tak pernah dengan nama biskut ini. Kalau korang peminat cornflakes, korang wajib buat biskut ini sebab memang sedap dan mudah sahaja nak buatnya. Dalam biskut ini ada campuran kacang badam, coklat cip dan juga cornflakes. Jom cuba resepi yang dikongsikan oleh Nor Khomarriah Norrohman di Facebook.

BAHAN-BAHAN
  • 150 gm nentega

  • 150 gm tepung gandum

  • 75 gm gula kastor

  • 60 gm cornflakes (ramas kasar)

  • 50 gm cip coklat

  • 25 gm kacang badam

  • 1 sudu teh sen vanila

  • 1/2 sudu teh emplex

Kredit: Nor Khomarriah

CARA PENYEDIAAN
  • Kacau mentega, gula, dan esen vanila menggunakan sudip kayu hingga sebati.

  • Campurkan semua bahan kering dan gaul sebati hingga menjadi doh.

  • Cubit doh sebesar ibu jari, bulatkan sedikit dengan jari. Doh biar meninggi supaya tidak meleper sewaktu di bakar. Atur di atas dulang pembakar yang di alas baking paper. Tekan hirisan ceri merah ditengahnya.

  • Bakar dalam oven yang telah dipanaskan dahulu pada suhu 160 C selama 20-25 minit bergantung pada ketuhar masing – masing.

  • Sejukkan dahulu sebelum di simpan dalam bekas kedap udara.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.