cucur jawa

Siapa yang pernah mengidam cucur jawa yang lembut dan gebu? Kalau di ibu kota, memang susah nak cari yang kena dengan selera kita. 

Resipi cucur jawa oleh Razina Ayu Mat Yusoff yang telah dikongsikan menerusi laman sesawang Facebook milik beliau bersama tips yang membantu mendapatkan cucur jawa yang enak, wajib anda baca sehingga habis!

Jom kita lihat resipinya bersama-sama.

Baca juga: Lempeng Sayur & Sambal Tumis Ikan Bilis, Memang Gabungan Mengancam!

RESIPI CUCUR JAWA

Bahan-bahan:

  • 2 cawan tepung gandum
  • 2 cawan tepung beras (cap 3 gajah/teratai)
  • 2 cawan air
  • 1 cawan gula merah (disyorkan yang gelap dan berketul-ketul)
  • 1 cawan gula pasir
  • 1/2 sudu kecil garam

Cara-cara membuatnya:

1. Gaulkan tepung gandum dan tepung beras sehingga rata.

2. Campurkan air, gula merah, gula pasir, dan garam dalam periuk. Panaskan atas api sederhana. Jangan tunggu sehingga mendidih kerana air akan berkurang. Cukup panas sudah mencukupi.

3. Tutup api dan kacau gula sehingga hancur dan sebati.

4. Tapis campuran gula dan air tersebut (saya menggunakan jug untuk memudahkan tuangan) dan tunggu sehingga suam.

5. Setelah campuran gula suam, tuangkan sedikit demi sedikit ke dalam campuran tepung. Kacau sehingga adunan sebati.

6. Saya membuat adunan pada pukul 11/12 malam, kemudian pada pukul 5 pagi saya mulakan proses menggoreng. Saya simpan adunan di luar dalam bekas tertutup tanpa meletakkannya di dalam peti sejuk.

7. Satu cucur mengambil masa kira-kira 2 minit untuk siap digoreng, termasuk masa menuangkan adunan ke dalam kuali.

cucur jawa

Tip Tambahan:

  • Pastikan adunan tidak terlalu pekat atau terlalu cair. Ukuran air yang betul telah dikecapi apabila adunan mengeluarkan banyak gelembung udara ketika dipukul.
  • Jika adunan terlalu pekat, tambah sedikit air. Jika terlalu cair, simpan dulu dalam peti sejuk sebelum digoreng.
  • Jangan campurkan air gula dengan tepung semasa adunan masih panas.
  • Gunakan api yang paling perlahan semasa menggoreng.
  • Pastikan minyak cukup untuk menutup cucur dan masukkan adunan apabila minyak sudah panas.
  • Jangan goreng terlalu lama, ini akan menyebabkan cucur menjadi keras.
  • Gunakan kuali saiz 11 untuk hasil yang terbaik.

Selamat mencuba!

Sumber: Razina Ayu Mat Yusoff

Baca juga: Bawal Masak Lemak Cekur, Ramai Suka Masakan Orang Jawa Ini

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN