resipi ayam masak briyani

Tiada idea nak masak apa menggunakan ayam? Jom cuba resipi ayam masak briyani yang mudah dan pasti sedap ini.

Asyik masak ayam goreng, ayam masak merah, ayam kicap bosan juga kan? Kali ini jom cuba masakan lain pula.

RESIPI AYAM MASAK BRIYANI

Bahan-bahan:

  • 1 ekor ½ ayam potong dan cuci bersih

Bahan kisar:

  • 7-8 biji bawang merah
  • 3 biji bawang besar
  • 4 biji bawang putih
  • 4 inci halia
  • Kisar asing: 15 tangkai cili kering yang telah direbus lembut

Bahan rempah:

  • 2 batang serai diketuk
  • 1 helai daun pandan simpulkan
  • 2 helai daun bay
  • 2 sudu besar penuh rempah briyani
  • 2 sudu besar serbuk cili
  • 1 sudu besar serbuk ketumbar
  • 1 sudu besar serbu kari ikan
  • 1 sudu besar serbuk kari ayam
  • 1 sudu besar serbuk lada putih
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit
  • 5 sudu besar sos cili saji
  • 4 biji buah tomato dipotong dadu

Bahan lain:

  • ½ tin susu krimer sejat Saji
  • Garam, gula, serbuk perasa secukup rasa
  • Air mengikut pekat atau cair kuah yang disukai

Cara-cara:

1. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar dengan api perlahan sehingga pecah minyak. Kacau sesekali untuk elak dari hangus.

2. Masukkan bahan rempah kacau sebati dan tumis lagi hingga terbit bau dan pecah minyak.

resipi ayam masak briyani

3. Masukkan ayam, kacau sebati biarkan ayam mengecut dan masukkan susu cair, air ikut pekat kuah yang disukai. Perisakan dengan garam gula.

4. Reneh hingga ayam masak atau boleh reneh lama sedikit biar isi ayam lembut.

resipi ayam masak briyani

5. Siap, selamat mencuba!

Kredit: Aisyah Humaira

Baca juga: Lelaki Ini Kongsi Resipi Ayam Kicap Simple Dari Arwah Ibu, Nampak Sedap!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN