Categories: Resipi

Gulai Ayam Pekat Beraroma, INI Rahsia Pecah Minyak Buat Kuah Lebih Sedap!

Gulai Ayam bukan sekadar lauk biasa. Kuahnya yang pekat, aroma rempah pecah minyak dan ayam yang empuk menjadikan hidangan ini kegemaran keluarga.

Dengan resipi daripada Reen Sofee, anda boleh menikmati Gulai Ayam wangi, sedap dan lengkap dengan kentang lembut dalam masa yang singkat. Jom kita cuba!

Baca juga: Resepi Gulai Betik Muda Kerang Tumis Darat, Lauk Dulu-Dulu Yang Susah Nak Jumpa Sekarang

RESIPI GULAI AYAM

Bahan-bahan:

  • 8 hingga 9 ketul ayam (bahagian peha atau dada)
  • 3 biji kentang (potong wedges)
  • Air secukupnya
  • 1½ cawan santan
  • ½ keping gula melaka atau gula nisan
  • Garam dan serbuk perasa secukupnya

Bahan-bahan hiris:

  • 1 biji bawang besar
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 tangkai kulit kayu manis
  • 1 biji bunga lawang
  • 2 biji buah pelaga

Bahan-bahan kisar halus:

  • 1 biji bawang merah
  • Halia sebesar ibu jari (lebihkan sikit jika suka)
  • Kunyit hidup sebesar ibu jari
  • Lengkuas sebesar ibu jari (lebihkan sikit)
  • 2 batang serai
  • 1 sudu besar serbuk cili atau cili kisar
  • 1 paket kecil rempah kari
  • 2 helai daun limau purut (pilihan)
  • 1 asam keping
  • Cili merah, cili hijau atau cili api untuk pedas

Cara-cara penyediaan:

1. Panaskan minyak dalam kuali. Tumis bawang besar, bawang putih, kulit kayu manis, bunga lawang, dan buah pelaga hingga wangi.

2. Masukkan bahan kisar halus bersama cili kisar. Masak hingga garing.

3. Tambahkan serbuk kari, tumis hingga pecah minyak untuk aroma gulai yang menyelerakan.

4. Masukkan ayam, gaul 3 hingga 4 minit. Tambahkan air sehingga ayam tenggelam. Masukkan kentang wedges.

5. Setelah mendidih, masukkan santan, gula melaka, garam, serbuk perasa, dan asam keping. Tambah daun limau purut jika suka. Biarkan kuah pekat.

6. Untuk pedas, tambah cili hijau atau cili api. Masak sehingga kentang empuk.

Tips tambahan supaya gulai ayam lebih sedap:

  • Rebus ayam sekejap sebelum menumis untuk tekstur lebih lembut.
  • Pastikan tumisan rempah garing dan pecah minyak untuk aroma maksimum.
  • Biarkan kuah mereneh tanpa kacau terlalu kerap supaya santan tidak pecah.

Gulai Ayam pekat dan wangi ini pasti membuatkan dapur anda penuh aroma rempah yang menggoda. Bau rempah pecah minyak ketika Gulai Ayam sedang mereneh memang boleh buat perut terus lapar.

Selamat mencuba!

Sumber: Reen Sofee

Baca juga: Resepi Gulai Ikan Tongkol Pekat Berlemak, Ini Rahsia Kuah Cantik Dan Tahan Lama!

Aimi

Recent Posts

OhBulan! Paling Viral Online 2.0 Buka Undian Top 15, Ini Senarai Calon Bagi 9 Kategori

OhBulan Paling Viral Online 2.0 (OBPVO 2.0) kini membuka fasa undian Top 15 bermula 2…

1 hour ago

Mi Sup Campur Bebola, Resipi Ringkas Tapi Aroma Tumisannya Buat Tak Sabar Nak Makan!

Hujan-hujan begini memang terasa nikmat kalau dapat makan semangkuk mi sup panas-panas. Tambah pula bebola…

1 hour ago

Chicken Mushroom Soup Homemade, Sekali Buat Terus Tak Pandang Sup Dalam Tin!

Chicken mushroom soup tak semestinya perlu dibeli dalam tin kerana anda boleh menyediakannya sendiri di…

3 hours ago

Resipi Kuih Lapis Labu Mudah, Tak Guna Tepung Gandum Tapi Tetap Lembut Kenyal!

Kuih lapis labu kuning antara kuih tradisional yang menarik untuk dicuba, lebih-lebih lagi buat penggemar…

4 hours ago

Kek Mentega Simple Guna Sukatan Cawan, Lembut Gebu & Harum Semerbak Satu Rumah!

Bau kek mentega yang sedang dibakar memang cukup menggoda! Harum semerbak mentega memenuhi ruang rumah,…

5 hours ago

Resipi Kepah Masak Cili Ala Thai, Tambah Cili Padi Kalau Nak Lebih Pedas Yang Memikat Selera!

Resepi kepah masak cili ala Thai ini sesuai untuk penggemar makanan laut yang sukakan hidangan…

6 hours ago