resepi gulai ikan tongkol

Selalunya orang buat resepi Gulai Ikan Tongkol untuk makan bersama dengan nasi dagang. Jangan tak tahu, lauk ini juga sebenarnya sedap dimakan dengan nasi putih biasa tau.

Gulai Ikan Tongkol ialah sejenis masakan tradisi yang popular di Pantai Timur, terutamanya di Kelantan dan Terengganu. Ia menggunakan ikan tongkol (juga dipanggil ikan aya) yang dimasak dalam kuah gulai yang pekat, beraroma dan sedikit pedas.

Jika anda sedang mencari menu yang tak pening kepala tapi sedap tak ingat dunia, jom ikut resepi Gulai Ikan Tongkol yang dikongsikan oleh Falisa Lisa di Facebook.

Baca juga: Mak Pengantin Ajar Resipi Gulai Ikan Ayo Kelantan, Tak Perlu Tumis Tetap Rasa Asli

RESEPI GULAI IKAN TONGKOL

resepi gulai ikan tongkol

Bahan-bahan utama:

  • 2 ekor ikan tongkol sederhana (dipotong beberapa bahagian)
  • Asam keping (lebih kurang 5 keping)
  • Gula melaka atau nisan (anggaran separuh ketul)
  • Garam secukup rasa

Cara merebus ikan:

  1. Masukkan ikan tongkol ke dalam periuk bersama asam keping, gula melaka dan garam.
  2. Rebus sehingga air hampir kering, teknik ini bantu hilangkan bau hanyir dan bagi ikan rasa lebih sedap bila masuk dalam gulai nanti.

Bahan kisar:

  • 5 biji bawang merah
  • 3 biji bawang putih
  • 1 inci halia
  • 2 inci lengkuas
  • 7 tangkai cili kering (direbus lembut dulu)

Bahan lain:

  • 1 paket serbuk kari ikan
  • 4 sudu besar rempah gulai
  • 1 santan kotak
  • 3 cawan air
  • Gula melaka atau nisan (tambahan)
  • Garam secukup rasa
  • Cili padi (ikut pedas masing-masing)

Cara memasak gulai:

  1. Tumis bahan kisar sampai betul-betul garing.
  2. Bancuh serbuk kari ikan campur rempah gulai dengan sedikit air, kemudian masukkan ke dalam tumisan. Tumis sampai naik minyak dan bau wangi.
  3. Masukkan santan campur 3 cawan air. Kacau sebati dan biarkan mendidih.
  4. Masukkan ikan tongkol yang sudah direbus tadi.
  5. Tambah lagi sedikit gula melaka atau nisan dan garam untuk seimbangkan rasa.
  6. Masak atas api sederhana hingga kuah pecah minyak. Kalau kuah pekat sangat, boleh tambah air.
  7. Akhir sekali, masukkan cili padi.

Tip gulai lagi padu:

  • Wajib rebus ikan dulu kalau nak elak bau hanyir.
  • Tumis rempah sampai naik minyak, ini rahsia kuah gulai cantik dan tahan lama.
  • Jika nak kuah lebih pekat, lebihkan sedikit santan.

Selamat mencuba!

Kredit gambar muka depan: Facebook Falisa Lisa, Tengku RosElyza Raja Muhammad

Sumber: Falisa Lisa

Baca juga: Petua Masak Gulai Ikan Supaya Isi Kekal Elok, Tak Hancur Walaupun Kuah Lama Mendidih!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN