Categories: Resipi

Resipi Kuih Kaswi Pandan Gedik Lembut, Tekstur Elok Tak Lembik & Tak Terlebih Kenyal

Peminat kuih tradisional pasti cukup kenal dengan kuih kaswi pandan. Namun, tidak semua tahu cara membuatnya supaya teksturnya gedik lembut, tidak terlalu lembik dan tidak terlalu kenyal.

Resipi yang dikongsi ini mudah diikuti dan menggunakan bahan-bahan ringkas, tetapi hasilnya tetap cantik dan sedap. Bila digaul dengan kelapa parut kukus, aroma pandan semakin menonjol dan rasa kuih lebih menyelerakan.

Baca juga: Resipi Kuih Getas, Ikut Tip Ini Supaya Sira Gula Melekat Cantik & Tak Cair

RESEPI KUIH KASWI PANDAN GEDIK

Bahan-bahan:

  • 1 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan tepung ubi
  • 1/4 cawan tepung beras
  • 3/4 cawan gula kastor
  • Secubit garam
  • 2 sudu makan air kapur
  • 3 cawan air pandan (blend 6 helai daun pandan)
  • Setitik pewarna hijau epal
  • 1 cawan kelapa parut
  • Sedikit garam untuk kelapa
  • 1 helai daun pandan (untuk kukus kelapa)

Cara-cara penyediaan:

  1. Satukan semua bahan yang bertanda kecuali kelapa parut dalam satu bekas. Kacau sehingga sebati dan tidak berketul.
  2. Masukkan bancuhan ke dalam periuk dan kacau sekejap di atas api sederhana sehingga adunan sedikit pekat. Tidak perlu terlalu lama, cukup sekadar nampak berkilat dan likat.
  3. Tuang adunan ke dalam loyang saiz 8 inci yang telah disapu sedikit minyak. Kukus selama kira-kira 30 minit atau sehingga masak.
  4. Setelah masak, keluarkan dan biarkan kaswi sejuk sepenuhnya sebelum dipotong. Gaulkan kaswi dengan kelapa parut yang telah dikukus bersama sedikit garam dan sehelai daun pandan.
  5. Siap untuk dihidangkan.

Tip penting: Pastikan pengukus dipanaskan terlebih dahulu sehingga air benar-benar mendidih sebelum meletakkan loyang supaya kaswi masak sekata dan cantik hasilnya.

Sumber: Nor Misnor

Baca juga: Resipi Kuih Puteri Ayu Guna Sukatan Cawan, Confirm Lembut & Wangi Memikat

Wan N

Recent Posts

Resipi Sambal Burger Malaysia Yang Melimpah-Limpah, Tengok Pun Dah Buat Terliur!

Kalau suka burger Malaysia yang sambalnya melimpah, pekat dan pedas manis, resipi sambal burger Malaysia…

25 mins ago

Rahsia Kacang Tanah Rangup, Nampak Biasa Tapi Teknik Goreng Ini Ramai Terlepas Pandang!

Resepi kacang tanah goreng rangup sebenarnya mudah saja. Tak perlu bahan yang banyak, cuma kena…

4 hours ago

Fruit Rice Paper Roll, Buah Segar Digulung Dalam Rice Paper… Sekali Gigit Memang Fresh!

Resipi fruit rice paper roll ini sesuai untuk anda yang mahukan snek segar dengan gabungan…

5 hours ago

Resipi Kuih Apam Tokyo 2 Lapisan, Bahagian Bawah Kenyal & Atas Lembut Berlemak

Kalau suka kuih tradisional yang ada gabungan rasa lemak dan manis, kuih apam Tokyo ini…

5 hours ago

Cara Buat Minyak Stroke Guna 3 Bahan Dapur, Nak Guna Tinggal Sapu & Ratakan Saja

Minyak stroke ini dikongsikan menggunakan hanya tiga bahan yang mudah didapati iaitu minyak kelapa, buah…

6 hours ago

Resipi Kerabu Pegaga, Gaul Dengan Kelapa Sangai Sampai Kering Baru Lagi Sedap

Bila nampak pegaga segar, terus terbayang kerabu yang masam, pedas dan rangup. Kalau suka makan…

7 hours ago