
Nak tunggu santan beku untuk cair sendiri memang ambil masa, kadangkala sampai jadi malas nak masak. Jangan risau, kami ada cara mencairkan santan beku yang mudah dan pantas.
Cara ini sangat sesuai untuk mak-mak atau sesiapa yang selalu beli santan kotak dan simpan dalam peti sejuk di bahagian sejuk beku (freezer) apabila tak habis digunakan.
Bukan saja cepat, tapi hasilnya pun berlemak dan segar macam santan baru cair. Hanya guna blender dan air panas, santan beku yang keras macam batu boleh jadi cair elok dalam masa beberapa minit saja. Jom kita tengok caranya!
Baca juga: Santan Segar VS Santan Kotak, Ini Panduan Memasak Ikut Jenis Lauk, Jangan Salah Guna!
CARA MENCAIRKAN SANTAN BEKU DENGAN CEPAT
1. Mula-mula, gunting separuh kotak santan supaya ia mudah dikeluarkan nanti.
2. Selepas itu, masukkan santan kotak yang sudah beku ke dalam blender.

3. Kemudian, masukkan air panas secukupnya ke dalam blender.
4. Seterusnya, kisar sekejap santan beku itu bersama air panas.

5. Akhir sekali, tuangkan ke dalam bekas lain. Siap untuk digunakan!
Cara mencairkan santan beku ini bukan saja dapat menjimatkan masa anda di dapur, malah dapat juga mengekalkan kualiti dan rasa asli santan tersebut.
Semoga bermanfaat!
Sumber: sabrina_4in
Baca juga: Santan Kotak Besar Berbaloi Beli Tapi Kena Tahu Cara Simpan & Guna Yang Betul, Ini Panduannya!
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














