goreng pisang

Waktu petang memang terbaik untuk menyediakan kuih goreng sebagai minum petang, tapi tak ramai tahu cara goreng pisang yang banyak keraknya.

Kuih goreng ini sangat popular di kalangan masyarakat Melayu dan ia enak dinikmati bersama sos pencicah atau sambal kicap.

Asalkan mempunyai adunan tepung dengan cara yang betul, anda boleh dapat hasil yang sangat berbaloi dan puas hati.

Cara yang dikongsikan oleh Iedaa Jahaya di Facebook nampak sungguh menyelerakan dengan kerak yang banyak. Jom cuba!

Baca juga: Nak Resipi Cekodok Pisang Tanpa Gagal, Pakai Pisang Jenis ‘Ini’

CARA GORENG PISANG BANYAK KERAK

goreng pisang

Bahan-bahan:

Cara-cara:

1. Belah pisang kepada tiga bahagian dan ketepikan dahulu.

2, Masukkan tepung beras, tepung jagung, tepung gandum, tepung kastard, baking powder, garam dan santan ke dalam mangkuk.

3. Masukkan air dan sebatikan semua sehingga tak berketul. Jika tak cukup air, boleh tambah air sedikit demi sedikit.

4. Adunan memang agak pekat, selepas itu boleh masukkan pisang pula.

5. Panaskan minyak masak sehingga betul-betul panas, kemudian masukkan pisang satu demi satu.

6. Biarkan sehingga nampak perang, kemudian terbalikkan. Setelah siap masak, boleh angkat dan toskan. Siap untuk dihidang!

goreng pisang

Bagi menyempurnakan hidangan ini, anda boleh goreng lebihan adunan tepung dan taburkan di atas pisang goreng tadi.

Selepas itu, anda boleh hidangkan pisang goreng ini sebagai minum petang buat keluarga tersayang. Selain minum petang, ada juga yang suka makan sebagai sarapan tau.

Walaupun ada pelbagai jenis pisang goreng viral, namun tak boleh menandingi cara orang lama. Ditambah pula dengan kerak rangup, pasti buat anda makan sampai tak berhenti.

Selamat mencuba!

Sumber: Iedaa Jahaya

Baca juga: Cara Buat Pisang Goreng Tanpa Serap Minyak, Rangup Sampai Petang

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN