bendi goreng

Resepi bendi goreng ini sedap diratah begitu sahaja. Teksturnya yang rangup dengan penambahan udang pula menambahkan kesedapan lauk ini.

Lauk ini cukup ringkas tapi sangat bahaya kerana boleh buat makan bertambah! Hantu sayur bendi memang wajib cuba memasaknya di rumah.

Jika ada yang ingin mencuba, mari lihat resipi penuh yang dikongsikan oleh Puan Farah Atika di bawah.

Baca juga: Cara Celur Sayur Agar Tak Bertukar Lebam, Warna Pun Kekal Hijau & Segar!

RESEPI BENDI GORENG UDANG

bendi goreng

Bahan-bahan:

Cara memasak:

  1. Tumis bawang merah dan bawang putih yang dipotong dadu.
  2. Masukkan cili kering kisar mengikut kuantiti yang disukai. Boleh lebihkan jika suka pedas.
  3. Kalau nak elakkan bendi berlendir, masukkan asam keping.
  4. Selepas itu, boleh masukkan bendi. Tip lain tak nak bendi berlendir adalah dengan basuh bersih dulu, kemudian baru potong. Jangan potong dulu baru basuh, nanti berlendir.
  5. Masukkan pula sos tiram. Gaul sebati.
  6. Seterusnya, masukkan udang dan gaul sebati sampai udang masak.
  7. Letakkan garam, serbuk perasa dan gula secukupnya mengikut cita rasa masing-masing.
  8. Gaul lagi semuanya hingga sebati dan boleh dihidangkan.

Selamat mencuba!

Sumber: Nor Farah Atika

Baca juga: Resipi Sup Sayur Yang Ringan & Cepat Dimasak, Simple Tapi Mengenyangkan!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN