susu kurma

Bulan puasa memang memerlukan tenaga yang cukup untuk seharian berpuasa, kadang-kadang kita akan rasa lemah dan lesu. Namun, ada satu minuman yang mudah disediakan dan sangat berkhasiat untuk bantu kekalkan tenaga sepanjang hari, iaitu susu kurma!

Resepi ini sangat mudah dan cepat, hanya menggunakan tiga bahan utama yang kita semua mudah dapatkan. Susu ini bukan sahaja sedap, malah kaya dengan pelbagai manfaat buat tubuh badan.

Buah ini terkenal dengan khasiatnya yang dapat memberi tenaga, manakala susu segar pula membantu memberikan kalsium dan tenaga tambahan. Bila digabungkan, kedua-duanya menjadi minuman yang sangat sesuai untuk diminum ketika sahur, supaya kita lebih bertenaga dan kenyang lebih lama.

Anda boleh sediakan susu kurma ini malam sebelum tidur dan nikmatinya ketika sahur. Selain membantu menambah tenaga, ia juga boleh jadi pemanis mulut yang menyegarkan!

Baca juga: Cara Buat Pati Kurma Untuk Sahur, Nak Minum Tinggal Gaul Dengan Susu Saja!

RESEPI SUSU KURMA

susu kurma

Bahan-bahan:

Bilangan kurma boleh disesuaikan mengikut citarasa, tetapi sebaiknya gunakan bilangan ganjil.

Cara-caranya:

  1. Buang biji kurma dan carik-carikkan isinya. Rendam dalam setengah cawan air masak. Biarkan kurma kembang.
  2. Sebaiknya, rendamkan sebelum tidur selepas sahur, supaya boleh minum ketika sahur esoknya.
  3. Setelah kurma kembang, kisar bersama satu cawan susu segar. Minum ketika penutup sahur.

Jangan lupa selawat ke atas Nabi dan mohon Allah permudahkan puasa kita. InsyaAllah, perut kenyang dan badan kekal bertenaga sepanjang hari.

Sumber: Facebook

Baca juga: Cara Makan Kurma Lain Dari Lain, Sedap Sungguh Rasa Lemak Butter & Rangup Kacang!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN