kerabu sotong

Setiap kali ke Thailand, memang tak lengkap kalau tak ‘pekena’ kerabu sotong yang lazat ini. Kalau rasa rindu nak makan, jauh pula nak terbang ke sana.

Jadi, apa kata kita cuba buat sendiri di rumah dengan resipi yang dikongsi oleh Encik Tengku Asmadi di bawah. Sekali rasa, pasti teringat-ingat!

Baca juga: Resipi Sotong Masak Kicap Pedas ‘Gebu’ Elok, Ikut Teknik Ini Tak Kecut & Tak Liat!

RESEPI KERABU SOTONG

kerabu sotong

Bahan-bahan:

  • 200-400 gram sotong (pilih sotong halus, tak perlu dipotong)
  • 1 akar ketumbar
  • 2 ulas bawang putih
  • 2 biji cili padi (kalau berani, boleh tambah lebih)
  • 1 sudu besar gula somtam atau gula kabung
  • 1-2 sudu besar sos ikan (kacau rasa dulu, kalau tak cukup, tambah lagi)
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 biji limau nipis

Bahan hiasan:

  • 2 biji bawang merah
  • 1/2 biji bawang holland
  • 8-10 biji tomato
  • Daun ketumbar

Cara-cara:

  1. Tumbuk bawang putih, cili padi, akar ketumbar dan gula somtam hingga lumat.
  2. Setelah bahan-bahan tersebut lumat, perahkan limau nipis. Kemudian, masukkan sos ikan dan sos tiram. Kacau rata hingga semua rasa menyatu.
  3. Sediakan bahan hiasan.
  4. Satukan semua bahan dengan sotong yang telah dicelur selama 20 saat. Jangan celur terlalu lama, nanti sotong jadi keras.
  5. Gaulkan sotong dengan sos yang telah disediakan. Pastikan semuanya rata dan siap untuk dihidangkan.

Sumber: Tengku Asmadi

Baca juga: Rupanya Ini Petua Sotong Goreng Rangup, Tepung ‘Tak Lari’ & Melekat Elok!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN