nescafe

Seorang bekas pekerja Starbucks telah berkongsikan resepi bancuhan air Nescafe padu ala kafe mahal hasil pengalamannya bekerja.

Tak dinafikan ramai antara kita yang suka minum jenama ini.

Baca juga: Cara Buat Kopi Latte Ala Kampung. Buat Satu Jug Simpan Dalam Peti, Lagi Lama Lagi Sedap!

Namun meskipun ramai yang suka, tidak ramai yang pandai menyediakannya sendiri di rumah.

Selalunya rasanya macam tak sampai di tekak seperti yang biasa diminum di luar.

Jom kita baca sikit apa rahsia resepi bagi bancuhan Nescafe beliau.

1. Ambil sesudu teh serbuk Nescafe. Tak perlu penuh sangat okay.


2. Kemudian, ambil 2 hingga 4 sudu kecil susu cair mengikut kapasiti mug atau cawan korang.


3. Selepas itu, susu manis 1 setengah sudu atau 2 sudu teh.


4. Campurkan dan kacau ke semuanya sekali.

5. Bila dah kacau semua, bau kopi memang automatik akan sama macam dalam Starbucks. Just nice dan tak manis sangat. Cukup pahitnya, cukup manisnya dan rasa berlemaknya.


6. Lepas dah kacau tadi, baru tuangkan air yang betul-betul panas mendidih.


7. Dah siap! Memang sedap, jangan ketagihan sudah lah. Perhatikan warnanya, warna Sungai Pahang ini lah yang kita nak. Kalau nak thrill lagi, korang boleh letak sesudu minyak kelapa dara.



Buat penggemar Nescafe memang korang wajib cuba. Bukan mata je terbuka luas, minda kau pun akan aktif je sepanjang masa.

Selamat mencuba!


Sumber: Mimbar Raudhah

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN