resepi nasi goreng telur

Jika anda mempunyai lebihan nasi yang banyak tapi tak sempat nak buat hidangan lauk, kena cuba resepi Nasi Goreng Telur ini yang sedapnya seperti masakan orang dulu-dulu.

Ramai yang pilih untuk masak Nasi Goreng kerana ia adalah satu-satunya cara terbaik untuk menghabiskan lebihan nasi yang ada dan lebih jimat bahannya.

Nasi Goreng juga sering jadi pilihan menu yang paling laku keras di kedai makan. Lebih-lebih lagi, ia boleh dibuat dengan pelbagai cara dan variasi yang menarik.

Wan LuQman telah kongsikan resepi Nasi Goreng Telur di Facebook yang sangat ringkas. Malah, ramai kagum dengan cara masakannya yang sama seperti mak-mak. Jom kita cuba!

Baca juga: Resepi Nasi Goreng Cina Buat Ramai Ketagih, Cuba Sekali Mesti Nak Lagi

RESEPI NASI GORENG TELUR

resepi nasi goreng telur

Bahan-bahan:

Cara-cara memasak:

1. Mula-mula, tumis bawang putih dan bawang merah serta masukkan sekali hirisan kacang panjang dalam minyak lebihan ikan goreng yang sudah dipanaskan.

2. Masukkan sedikit lada hitam kasar dan baling sebiji telur, kemudian kacau-kacau sampai telur pecah.

resepi nasi goreng telur

3. Selepas itu, masukkan serbuk kunyit (boleh tumbuk kunyit hidup juga) dan nasi sejuk.

4. Kemudian, masukkan sedikit serbuk perasa (boleh juga guna garam dan anjinomoto).

5. Akhir sekali, kacau bagi rata dengan nasi. Siap untuk dihidang!

Oleh itu, jangan bazirkan lebihan nasi dan buatlah resepi Nasi Goreng Telur ini untuk keluarga tersayang di rumah. Nampak hidangan ini di depan mata, pasti selera terangkatlah.

Tambahan pula, rasanya yang sedap dapat membuatkan anda mengimbau kembali nostalgia masakan ibu ketika dulu. Daripada tiada selera makan, bau saja sudah cukup buat anda terliur.

Selamat mencuba!

Sumber: Wan LuQman

Baca juga: Nasi Goreng Kampung Simple Stail Orang Dulu-Dulu, Tumbuk 4 Bahan Saja Dah Siap!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN