Categories: Tips & Petua

Lelaki Kongsi Formula Sukatan Air & Beras Basmathi Paling ‘Perfect’ Hasil Uji Kaji Mak, Tak Perlu Guna Jari Lagi!

Pernah tak rasa stres bila masak beras basmathi? Kadang-kadang teksturnya jadi terlalu keras sampai rasa macam makan nasi mentah, kadang-kadang pula terlebih air sampai jadi lembik dan patah-patah. Memang rugi sebab beras basmathi bukannya murah!

Selalunya kita main agak-agak guna sukatan ruas jari macam masak nasi biasa, tapi untuk beras panjang basmathi ini, teknik itu tidak tepat dan tidak boleh digunakan jika anda tidak pandai main ‘agak-agak’.

Jangan risau, berdasarkan perkongsian daripada Ainil Farhana Mustafa, beliau mendedahkan satu formula rahsia hasil “uji kaji” ibunya sendiri. Selepas ini, sesiapa pun termasuk suami atau anak-anak boleh tolong masakkan nasi basmathi yang cantik, panjang dan berderai sempurna.

Baca juga: Tips Rebus Bendi Supaya Kekal Crunchy & Tak Berlendir, Cara Mudah Semua Orang Kena Tahu!

LELAKI KONGSI RAHSIA SUKATAN BERAS BASMATHI & AIR HASIL EKSPERIMEN IBUNYA

“Untuk pengguna beras basmathi, ini sukatan beras dan air hasil research mak saya. Mak cakap mak dah buat ujikaji dan hasilnya amat memuaskan. Senang anak-anak & suami nak tolong masak nasi nanti. Simpan (save) ya, kita tak payah sukat pakai jari dah lepas ini,” tulis Ainil Farhana Mustafa.

Menerusi perkongsikan oleh pengguna Thread itu, anda perlu gunakan cawan yang sama untuk sukat beras dan air bagi memastikan nisbahnya tepat. Berikut adalah senarai sukatan tersebut:

  • 1/2 cawan beras – gunakan 2 cawan air
  • 1 cawan beras – gunakan 3 cawan air
  • 1 1/2 cawan beras – gunakan 3 1/2 cawan air
  • 2 cawan beras – gunakan 4 cawan air
  • 2 1/2 cawan beras – gunakan 4 1/2 cawan air
  • 3 cawan beras – gunakan 5 cawan air
  • 3 1/2 cawan beras – gunakan 5 1/2 cawan air
  • 4 cawan beras – gunakan 6 cawan air
  • 4 1/2 cawan beras – gunakan 6 1/2 cawan air
  • 5 cawan beras – gunakan 7 cawan air
  • 5 1/2 cawan beras – gunakan 7 1/2 cawan air
  • 6 cawan beras – gunakan 8 cawan air
  • 6 1/2 cawan beras – gunakan 8 1/2 cawan air
  • 7 cawan beras – gunakan 9 cawan air
  • 7 1/2 cawan beras – gunakan 9 1/2 cawan air
  • 8 cawan beras – gunakan 10 cawan air
  • 8 1/2 cawan beras – gunakan 10 1/2 cawan air

Sumber: Thread @ainilfarhanamustafa

Baca juga: Buka Kotak Besar Tapi Guna Sikit? Ini Cara Simpan Santan Supaya Tak Masam & Tahan Berbulan!

Wan N

Recent Posts

Seaweed Pasta Viral, Spaghetti Sos Rumpai Laut Dengan Udang Yang Ramai Nak Cuba!

Seaweed pasta merupakan hidangan pasta yang menggabungkan rasa rumpai laut, bijan panggang dan keju Parmesan…

1 day ago

Resipi Spageti Aglio Olio Udang, Tambah Sayur Berwarna-Warni Baru Lebih Menyelerakan!

Kalau dah bosan makan spageti dengan sos yang sama, apa kata cuba resipi spageti aglio…

1 day ago

Resipi Kek Coklat Moist Bakar, Tak Perlu Kukus Pun Tetap Lembap & Gebu!

Kalau suka kek coklat yang lembap, gebu dan kaya dengan rasa coklat, resipi kek coklat…

2 days ago

Pernah Bayangkan Wajah Anda Muncul Di Skrin Gergasi Kuala Lumpur? Big Tree Jadikannya Realiti!

Bayangkan wajah sendiri tiba-tiba muncul pada skrin digital gergasi di tengah Kuala Lumpur! Pengalaman unik…

2 days ago

Agar Agar Cendol Santan Berlapis, Lemak Berkrim Dengan Manis Gula Melaka!

Kalau suka pencuci mulut tradisional, resipi agar agar cendol santan ini memang wajib dicuba! Gabungan…

2 days ago

Resipi Daging Masak Hitam Berempah, Perap Dengan Rempah Sangai Barulah Lagi Wangi!

Daging masak hitam berempah antara hidangan yang sesuai dijadikan lauk untuk makan tengah hari atau…

2 days ago