cara rebus bendi

Bendi antara sayur yang menjadi kegemaran rakyat Malaysia. Ramai yang suka jadikan bendi ulam untuk dimakan bersama nasi panas dan lauk berkuah seperti kari ikan. Tapi, jika ingin hasil yang lagi sedap, anda kena tahu cara rebus bendi yang betul.

Kalau tak rebus dengan cara yang tepat, teksturnya mudah jadi lembik dan berlendir, kurang sedap bila dimakan. Sebenarnya, ada petua rebus bendi yang sangat mudah untuk pastikan teksturnya kekal rangup dan sedap bila dimakan.

Teknik ini bukan sahaja buat bendi lebih crunchy, malah warna hijau sayur ini juga nampak lebih segar dan menyelerakan. Jadi, kalau anda selalu masak bendi di rumah, boleh cuba cara rebus bendi yang dikongsikan ini. Mudah sahaja, tapi hasilnya memang lain daripada biasa.

Baca juga: Chef Dedah Rahsia Rebus Pasta Yang Betul, Rupanya Kalau Letak Minyak Buat Sos ‘Tak Melekat’!

CARA REBUS BENDI SUPAYA RANGUP DAN TAK LEMBIK

cara rebus bendi

Bahan-bahan:

  • Segenggam bendi
  • Air secukupnya untuk merebus
  • Ais batu secukupnya

Cara-cara:

  1. Didihkan air dalam periuk terlebih dahulu. Pastikan air benar-benar mendidih sebelum masukkan bendi.
  2. Masukkan bendi ke dalam air mendidih dan rebus sekejap sahaja, sekitar 30 saat hingga 1 minit atau sehingga warnanya berubah menjadi hijau lebih terang.
  3. Jangan rebus terlalu lama kerana ia boleh menyebabkan bendi menjadi lembik.
  4. Angkat bendi dengan segera dan terus masukkan ke dalam bekas berisi air ais.
  5. Biarkan seketika supaya proses memasak berhenti dan tekstur bendi kekal rangup.
  6. Toskan air dan bendi sedia untuk dihidangkan.

Bendi yang direbus dengan cara ini memang sesuai dijadikan ulam. Teksturnya rangup dan segar bila dimakan. Sesuai dimakan bersama kari ikan panas-panas. Bila gigit bendi, memang boleh dengar bunyi rangupnya.

Kalau sebelum ini kurang gemar makan bendi sebab lembik atau berlendir, boleh cuba tip mudah ini. Cara ini bukan sahaja buat bendi lebih rangup, malah nampak lebih segar dan menyelerakan di atas pinggan.

Sumber: Thread @ssyaim11

Baca juga: Cara Defrost Ayam Dengan Pantas Guna ‘Air Garam’, Tak Perlu Tunggu Berjam-Jam Lagi!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN