cara simpan santan kotak

Cara simpan santan kotak yang betul sebenarnya sangat penting kerana kebanyakan masakan Melayu menggunakan bahan ini sebagai stok wajib ada di dapur.

Namun, masalah sering timbul apabila kita hanya mahu menggunakannya dalam kuantiti sedikit tetapi terpaksa membuka kotak baru.

Sebenarnya, ada rahsia bagaimana anda boleh simpan stok santan supaya lebih tahan lama, malah lebih menjimatkan poket anda! Jom ikuti artikel lengkap di bawah.

Baca juga: Petua Simpan Tauhu Guna Perahan Limau Kasturi, Tak Cepat Busuk & Berlendir

Kenapa Santan Kotak Cepat Rosak?

cara simpan santan kotak

Santan mempunyai kandungan lemak yang tinggi yang menjadikannya sangat sensitif terhadap udara dan bakteria sebaik sahaja penutupnya dibuka. Jika dibiarkan dalam kotak asalnya di dalam peti sejuk, ia biasanya hanya bertahan 2 hingga 3 hari sahaja.

Cara Simpan Santan Kotak Agar Tahan Berbulan-Bulan

Untuk memastikan stok santan sentiasa tersedia di dapur tanpa pembaziran, anda boleh amalkan langkah ini:

1. Beli kotak besar: Untuk lebih penjimatan, beli santan kotak bersaiz besar. Harganya biasanya lebih murah berbanding beli banyak kotak kecil.

2. Bahagikan kuantiti: Sediakan bekas-bekas kecil yang comel atau bekas simpanan makanan yang mempunyai saiz untuk sekali penggunaan masakan.

3. Asingkan segera: Sebaik sahaja kotak besar dibuka, terus tuangkan santan ke dalam bekas-bekas kecil tersebut. Jangan biarkan ia terdedah lama di luar.

4. Simpan dalam freezer: Simpan semua bekas kecil tadi di dalam bahagian beku (freezer). Santan yang dibekukan boleh bertahan lebih lama dan kualitinya tetap terjaga.

Bila nak masak, anda hanya perlu ambil satu bekas kecil sahaja. Sebelum masukkan dalam masakan, anda boleh rendam bekas kecil tersebut dalam air suam seketika atau masukkan terus ke dalam periuk jika anda sedang memasak masakan berkuah.

Sumber: Rozel Linda

Baca juga: Sayur Bendi Tahan Lama Kalau Ikut Cara Simpan Ini, Confirm Tak Cepat Rosak!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN