Categories: Resipi

Resipi Yee Mee Cantonese Yang Buat Orang Makan Bertambah, Ingat Susah Rupanya Senang!

Resepi yee mee cantonese ini memang berbaloi untuk dicuba. Kuahnya pekat berkilat dengan isi ayam, udang, fish cake dan sayur segar yang menyelerakan.

Menu ini sesuai dimakan waktu makan tengah hari atau malam, lebih-lebih lagi bila ingin sesuatu yang berkuah dan sedap dihirup panas-panas.

Gabungan kuah pekat dengan yee mee yang lembut memang buatkan hidangan ini jadi ‘comfort food’ kegemaran ramai. Jom lihat resipi penuh di bawah.

Baca juga: Resepi Mee Jawa Daging Simple Tapi Sedap, Kuah Pekat & Berempah Penuh Rasa!

RESEPI YEE MEE CANTONESE

Bahan-bahan:

  • Bawang putih (cincang)
  • 2 ekor udang
  • Sedikit isi ayam (potong keci)
  • Fish cake (hiris nipis)
  • Lobak (hiris nipis memanjang)
  • Air
  • Serbuk perasa
  • Minyak bijan
  • Serbuk lada putih
  • Air bancuhan tepung jagung
  • Telur
  • Sayur sawi
  • Yee mee

Cara-cara penyediaan:

  1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali. Tumis bawang putih yang dicincang hingga naik bau.
  2. Masukkan isi ayam dan udang. Kacau hingga ayam berubah warna dan udang hampir masak.
  3. Masukkan lobak merah dan fish cake. Kacau sekejap supaya semua bahan sekata.
  4. Tuangkan air secukupnya mengikut kepekatan kuah yang diingini. Biarkan mendidih.
  5. Masukkan serbuk perasa, serbuk lada putih dan sedikit minyak bijan untuk naikkan aroma.
  6. Tuangkan air bancuhan tepung jagung sedikit demi sedikit sambil kacau sehingga kuah menjadi pekat dan berkilat.
  7. Pecahkan telur dan kacau perlahan dalam kuah (atau boleh juga dibiarkan separuh berketul ikut cita rasa).
  8. Masukkan sayur sawi dan biarkan layu seketika.
  9. Akhir sekali, tuangkan kuah ke atas yee mee. Sedia untuk dihidangkan.

Sumber: Thread @fariza.tahir

Baca juga: Resipi Mihun Goreng Anti Gagal & Tak Putus, Tips ‘1 Sudu Cuka’ Ini Rahsia Sedap Luar Biasa!

Wan N

Recent Posts

Rahsia Pes Cili Kisar Tahan Berbulan, Ini Cara Tumis Supaya Minyak Tak Terpercik Satu Dapur!

Pes cili kisar antara bahan penting yang selalu digunakan dalam masakan seperti sambal tumis, nasi…

2 hours ago

Tak Perlu Banyak Bahan, Ini Cara Buat Mi Rebus Terengganu Untuk Hidangan Sekeluarga!

Resipi mi rebus Terengganu ini sesuai dicuba bagi yang menggemari hidangan mi berkuah panas dengan…

2 hours ago

Cara Buat Donat Susu Gebu, Doh Yang Sama Boleh Buat Bomboloni & Aneka Jenis Roti!

Cara buat donat susu yang gebu dan lembut sebenarnya tidaklah sesukar yang disangka. Dengan gabungan…

2 hours ago

Cara Elak Mengantuk Selepas Makan, Hanya Guna 2 Helai Daun Pandan Dan Secawan Air Suam!

Pernah rasa mengantuk selepas makan tengah hari sehingga mata terasa berat dan badan lesu? Ada…

3 hours ago

Cara Peram Avocado Supaya Cepat Masak, Guna Beras Dan Tisu Saja Dua Hari Dah Menjadi!

Avocado yang masih keras memang memerlukan masa sebelum boleh dinikmati. Namun, ada cara peram avocado…

3 hours ago

Malas Guna Banyak Periuk? Cuba ‘One Pot Chicken Rice’, Nasi Pun Wangi Aroma Halia & Bawang Putih

Resipi One Pot Chicken Rice ini sesuai untuk peminat nasi ayam yang mahukan cara penyediaan…

7 hours ago