
Pernah tak rasa stres bila masak beras basmathi? Kadang-kadang teksturnya jadi terlalu keras sampai rasa macam makan nasi mentah, kadang-kadang pula terlebih air sampai jadi lembik dan patah-patah. Memang rugi sebab beras basmathi bukannya murah!
Selalunya kita main agak-agak guna sukatan ruas jari macam masak nasi biasa, tapi untuk beras panjang basmathi ini, teknik itu tidak tepat dan tidak boleh digunakan jika anda tidak pandai main ‘agak-agak’.
Jangan risau, berdasarkan perkongsian daripada Ainil Farhana Mustafa, beliau mendedahkan satu formula rahsia hasil “uji kaji” ibunya sendiri. Selepas ini, sesiapa pun termasuk suami atau anak-anak boleh tolong masakkan nasi basmathi yang cantik, panjang dan berderai sempurna.
Baca juga: Tips Rebus Bendi Supaya Kekal Crunchy & Tak Berlendir, Cara Mudah Semua Orang Kena Tahu!
LELAKI KONGSI RAHSIA SUKATAN BERAS BASMATHI & AIR HASIL EKSPERIMEN IBUNYA

“Untuk pengguna beras basmathi, ini sukatan beras dan air hasil research mak saya. Mak cakap mak dah buat ujikaji dan hasilnya amat memuaskan. Senang anak-anak & suami nak tolong masak nasi nanti. Simpan (save) ya, kita tak payah sukat pakai jari dah lepas ini,” tulis Ainil Farhana Mustafa.

Menerusi perkongsikan oleh pengguna Thread itu, anda perlu gunakan cawan yang sama untuk sukat beras dan air bagi memastikan nisbahnya tepat. Berikut adalah senarai sukatan tersebut:
- 1/2 cawan beras – gunakan 2 cawan air
- 1 cawan beras – gunakan 3 cawan air
- 1 1/2 cawan beras – gunakan 3 1/2 cawan air
- 2 cawan beras – gunakan 4 cawan air
- 2 1/2 cawan beras – gunakan 4 1/2 cawan air
- 3 cawan beras – gunakan 5 cawan air
- 3 1/2 cawan beras – gunakan 5 1/2 cawan air
- 4 cawan beras – gunakan 6 cawan air
- 4 1/2 cawan beras – gunakan 6 1/2 cawan air
- 5 cawan beras – gunakan 7 cawan air
- 5 1/2 cawan beras – gunakan 7 1/2 cawan air
- 6 cawan beras – gunakan 8 cawan air
- 6 1/2 cawan beras – gunakan 8 1/2 cawan air
- 7 cawan beras – gunakan 9 cawan air
- 7 1/2 cawan beras – gunakan 9 1/2 cawan air
- 8 cawan beras – gunakan 10 cawan air
- 8 1/2 cawan beras – gunakan 10 1/2 cawan air
Sumber: Thread @ainilfarhanamustafa
Baca juga: Buka Kotak Besar Tapi Guna Sikit? Ini Cara Simpan Santan Supaya Tak Masam & Tahan Berbulan!
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














