Kalau anak-anak minta bawa sesuatu yang istimewa untuk jamuan sekolah, bolehlah cuba resepi loaded potato ini. Hidangan yang menggabungkan mashed potato lembut, ayam popcorn rangup dan sos cheese berkrim ini memang nampak menyelerakan!
Menariknya, cara penyediaannya tidaklah sesukar yang disangka. Walaupun ayam popcorn mengambil sedikit masa untuk disediakan, hasilnya memang berbaloi. Lebih seronok apabila anak balik sekolah bercerita kawan-kawan semuanya suka dan minta dibuatkan lagi!
Baca juga: Boleh Dapat 10 Biji Sekali Adunan, Resipi Portuguese Egg Tart Ini Memang Berbaloi Dicuba!
Perkongsian resipi oleh Aftaa Sofeya di Facebook ini boleh dijadikan inspirasi untuk menyediakan hidangan istimewa buat anak-anak. Gabungan kentang lenyek bersama ayam popcorn, sos cheese, mayonis dan parsley menjadikan hidangan ini lebih menarik.
Paling penting, bahan-bahannya mudah didapati dan sesuai disediakan untuk jamuan sekolah, potluck atau makan bersama keluarga di rumah.
Bahan-Bahan
Bahan mashed potato:
Bahan ayam popcorn:
Bahan sos cheese:
Bahan hiasan:
Cara-Cara Penyediaan:
1. Sediakan mashed potato
Masukkan potato flakes ke dalam bekas dan bancuh menggunakan air panas sehingga mendapat tekstur kentang lenyek yang diinginkan. Masukkan sedikit butter dan lada hitam, kemudian gaul hingga sebati.
Menurut perkongsian Aftaa Sofeya, beliau tidak menggunakan susu kerana bimbang mashed potato cepat basi apabila dibawa ke jamuan sekolah.
2. Sediakan ayam popcorn
Potong dada ayam kepada saiz kecil seperti ayam popcorn. Salutkan setiap potongan ayam dengan tepung Bestari, kemudian celup ke dalam air.
Selepas itu, salutkan sekali lagi dengan tepung Bestari kering. Goreng dalam minyak panas sehingga ayam masak dan berwarna keemasan. Angkat dan toskan.
3. Masak sos cheese
Masukkan 1 kg sos cheese ke dalam periuk bersama 600 ml air dan 1 sudu gula.
Kacau menggunakan api perlahan sehingga semuanya sebati dan sos menjadi licin. Pastikan sos tidak melekat pada dasar periuk.
4. Susun semua bahan
Masukkan mashed potato yang telah disediakan ke dalam bekas hidangan. Susunkan ayam popcorn di atasnya.
Kemudian, tuangkan sos cheese secukupnya. Tambahkan mayonis dan taburkan parsley sebagai hiasan.
Siap! Loaded potato homemade dengan ayam popcorn dan sos cheese sudah boleh dinikmati.
Tidak semestinya perlu membeli makanan di luar untuk menyediakan hidangan istimewa buat anak-anak. Dengan menggunakan potato flakes, ayam popcorn dan sos cheese, kita sudah boleh menghasilkan loaded potato homemade yang cukup menyelerakan.
Lebih menggembirakan apabila anak-anak seronok berkongsi makanan dengan kawan-kawan di sekolah. Kalau anak minta lagi untuk jamuan tahun depan, bolehlah masukkan resipi ini dalam senarai menu istimewa keluarga!
Sumber: Aftaa Sofeya
Baca juga: 50+ Idea Menu Jamuan Akhir Tahun Paling Meriah, Dari Nasi Sampai Pencuci Mulut
Resepi buttermilk pasta ini sesuai untuk penggemar hidangan pasta yang gemarkan tekstur berkrim tetapi pedas…
Jagung rebus memang antara makanan yang sedap dinikmati begitu sahaja, lebih-lebih lagi apabila isinya masih…
Nama Harumanis Perlis memang cukup terkenal dengan aroma harum, rasa manis dan keenakan isinya. Namun,…
Nak buat donat sendiri di rumah tetapi tidak mahu bersusah payah menguli doh terlalu lama?…
Buntu nak sediakan menu potluck untuk anak-anak? Apa kata cuba ayam BBQ crunchy, hidangan ayam…
Bagi penggemar coklat dan kekacang, biskut kacang coklat ala ‘ferrero’ ini memang menarik kerana setiap…