Donat pandan susu merupakan versi donat yang biasanya dibuat dengan adunan berperisa pandan dan dicampur dengan susu.
Resipi viral ini mempunyai rasa yang unik dan menyegarkan kerana pandan memberikan aroma dan rasa yang tersendiri. Manakala susu memberikan tambahan kelembutan dan kelazatan kepada donat.
Baca juga: Donut Salted Peach, Terasa Lemak-lemak Masin Butter Yang Cair Itu!
Biasanya, donat versi ini juga boleh dihias dengan gula, glaze, atau taburan keju parut, bergantung pada rasa dan resipi yang digunakan.
Mari cuba resipi yang dikongsikan oleh Cik Puan Zaimah Zakaria. Memang nampak lembut dan gebu kejadiannya.
RESIPI DONAT PANDAN SUSU
Lembut sampai pengsan namblas kali grrrr. Nak makan dia jangan cakap kang bersembuq. Selamat mendonat!
Bahan-bahan:
- 1 sudu kecil garam
- 500 gram tepung roti
- 11 gram yis
- 10 gram bread improver
- 20 gram susu tepung
- 50 gram gula pasir
- 2 biji telur gred A
- 80 gram butter @marjerin
- 160 gram air sejuk
- 2 sudu kecil pandan paste
- Susu tepung untuk salut donut
Cara-cara penyediaan:
1. Campurkan semua dlm mangkuk mixer kecuali air sejuk.
2. Masukkan air sejuk sedikit demi sedikit.
3. Uli sampai jadi doh yang licin.
4. Timbang setiap satu, saya timbang 50 gram
5. Bulat-bulatkan canai sedikit. Ambil penutup botol tekan di tengah.
6. Rehat sekejap doh dan tunggu naik sedikit. Bolehlah goreng guna api perlahan.
7. Angkat dan tos apabila sudah masak. Sedia untuk disalut dengan susu atau gula halus.
Selamat mencuba.
Sumber: Facebook Zaimah Zakaria
Baca juga: Cara Buat Donut Bulat Comel-Comel, Hanya Guna 2 Bahan Saja