jenis ikan sedap dibakar

Sebelum ini kami pernah kongsikan tentang ikan yang sedap untuk digoreng. Kali ini, kami nak beritahu terdapat beberapa jenis ikan sedap dibakar dengan isi yang manis tau.

Ikan bakar merupakan sejenis hidangan ikan yang dibakar menggunakan arang serta cukup popular di Malaysia, Indonesia dan pelbagai negara Asia Tenggara lain.

Cara memasaknya sangat mudah dengan ikan diperap atau disapu bersama rempah dan sambal, kemudian dipanggang. Kadangkala, orang melapikkannya dengan daun pisang di atas pemanggang.

Jika anda teringin buat ikan bakar sendiri di rumah, bolehlah pilih jenis ikan sedap dibakar yang kami senaraikan di bawah ini. Jom kita tengok!

Baca juga: 10 Jenis Ikan Sedap Digoreng, No. 5 Paling Ramai Suka Masak Di Rumah!

5 JENIS IKAN SEDAP DIBAKAR

1. Ikan Cencaru

jenis ikan sedap dibakar

Kredit Gambar: Facebook Bunda Nadiah

Ikan cencaru merupakan ikan laut paling sedap dimakan dan sesuai untuk dibakar. Sesetengah orang menyebutnya ikan jaket dan ia mempunyai kulit yang agak tebal.

Oleh kerana kulitnya tebal, jadi tak perlu risau isinya akan hangus setelah dibakar. Walaupun kulitnya terbakar teruk, namun isinya tetap elok. Lebih-lebih lagi, harganya pun murah.

2. Ikan Siakap

jenis ikan sedap dibakar

Kredit Gambar: Facebook Dapur Ana

Selain dimasak, stim limau atau lemon dan sweet sour, sebenarnya ikan siakap ini jika dibakar memang sedap kerana isinya sangat lembut berbanding ikan lain.

Tapi bab nak buang sisiknya agak leceh jika beli yang belum disiang. Nak senang, pergi beli di kedai yang boleh siang ikan siap-siap supaya senang kerja memasak anda nanti.

3. Ikan Kembung

Kredit Gambar: YouTube Raja Masak

Ikan kembung merupakan salah satu jenis ikan yang paling laku keras dan sering mendapat permintaan tinggi di pasaran. Jika terlewat sedikit, mungkin sudah habis terjual dengan cepat.

Antara sebab yang menjadikan ikan kembung ini terlajak laris adalah kerana ia sejenis ikan yang sedap dimasak apa pun. Jika dibakar kosong dengan garam saja, isinya sangat sedap.

4. Ikan Bawal

jenis ikan sedap dibakar

Kredit Gambar: Facebook Mohd Faisel Ab Halim

Siapa tak kenal dengan ikan bawal yang sentiasa disukai ramai? Oleh kerana sisiknya tak tebal, jadi seeloknya anda bungkus sebelum bakar supaya isinya tak hangus dan terlebih masak.

Selain sedap dibakar dengan sambal, anda juga boleh bakar ikan ini secara kosong dengan garam dan serbuk kunyit juga. Namun, kesedapannya agak berbeza.

5. Ikan Tenggalan

Kredit Gambar: Blog Beautiful C.H.E.N.T.A

Jarang dengar tentang ikan tenggalan tapi jika dapat yang bersaiz besar, memang senang dibakar teruslah ceritanya. Perasakan dengan garam pun sudah rasa manis isi ikan tersebut.

Ikan tenggalan kurang menarik perhatian kerana ia mempunyai banyak tulang. Tapi orang dulu-dulu kata, ikan banyak tulang mempunyai isi yang sedap dan manis tau.

Jangan lupa untuk gandingkan air asam atau sambal kicap sekali nanti. Selepas ini, bolehlah anda cuba jenis ikan sedap dibakar ini buat keluarga tersayang di rumah.

Semoga bermanfaat!

Sumber: Blog Sihatimerahjambu

Baca juga: 10 Jenis Ikan Sedap Digoreng, No. 5 Paling Ramai Suka Masak Di Rumah!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN