tip elak semut

Rupanya ada tip elak semut untuk masuk dalam bekas gula. Semut juga kurang digemari oleh para ibu kerana sering merosakkan makanan dan barangan rumah.

Baca juga: Tip Pilih Sotong Segar Yang Ramai Orang Tak Tahu, Nombor 2 Paling Kena ‘Hadam’

Lagi-lagi jika musim panas, memang banyak semut yang kerap muncul. Mari ikuti petua menghalau semut yang dikongsikan oleh Shafiqah Amira ini.


TIP ELAK SEMUT DALAM BEKAS GULA

tip elak semut

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • Bunga cengkih
  • Buah pelaga
  • Kulit kayu manis

Cara-caranya:

tip elak semut

1. Masukkan bunga cengkih, buah pelaga dan kulit kayu manis dalam bekas gula.

2. Kalau semut dah masuk dalam bekas gula, boleh masukkan ketiga-tiga benda ini dan biar terbuka. Nanti semut akan lari keluar kerana ia tak suka bau-bau yang kuat ini.

3. Kalau semut suka berdekatan di atas permukaan boleh tabur bunga cengkih. 

Antara tip lain yang boleh dicuba:

  1. Pastikan Bekas Gula Bersih dan Kering: Pastikan bekas gula sentiasa bersih dan kering. Bersihkan sisa gula yang tumpah di sekitar bekas untuk mengelakkan tarikan semut.
  2. Tutup Rapat Bekas Gula: Gunakan bekas gula yang mempunyai penutup yang rapat dan kedap udara. Ini akan menyulitkan semut masuk ke dalamnya.
  3. Gunakan Karet Gelang: Letakkan karet gelang di sekitar penutup bekas gula. Ini akan memberikan lapisan tambahan yang sukar dilalui oleh semut.

Dengan mengamalkan tip-tip di atas, anda dapat mengurangkan risiko masalah semut dalam bekas gula anda.

Semoga bermanfaat.

Baca juga: Tip Masak Ekspres Tanpa STRESS, Wanita Ini Kongsi 5 Cara

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN