resipi daging kicap

Dah biasa buat daging masak kicap kan? Kali ini apa kata jom cuba Resipi Daging Kicap Manis Pedas ini pula.

Dijamin makan berselera dan bertambah nasi. Rasanya pun tidak terlalu pedas, sesuai untuk dimakan oleh anak-anak. Jom lihat resipi di bawah.

RESIPI DAGING KICAP MANIS PEDAS

Bahan-bahan:

  • Minyak masak
  • Bawang merah*
  • Bawang putih*
  • Halia*
  • Sos tiram
  • Kicap manis pedas Mahsuri
  • Sos cili
  • Daging
  • Cili benggala (bahan hiasan)
  • Tomato (bahan hiasan)
  • Garam
  • Secukup rasa

Cara-cara:

  1. Rebus daging sehingga lembut.
  2. Tumbuk atau mayang bahan bertanda (*).
  3. Kemudian panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk/mayang tadi.
  4. Bila dah naik bau dan bahan garing, masukkan sos tiram, kicap manis pedas mahsuri, sos cili dan juga daging bersama air lebihan lebusan tadi.
  5. Kacau sebati sekejap.
  6. Masukkan bahan-bahan hiasan jika suka.
  7. Perasakan dengan garam dan secukup rasa, kacau sebati dan siap!

Selamat mencuba!

Kredit: Che Wanie

Baca juga:  Cara Buat Ayam Masak Rose, Resipi Dari Tukang Masak Sendiri. Pasti Sedap & Menjadi!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN