Categories: Resipi

Resipi Chicken Katsu Untuk Sahur Dan Bekal Anak, Garing Luar & Juicy Dalam Hanya 1 Jam!

Chicken katsu adalah menu mudah dan sedap yang menjadi kegemaran ramai, terutamanya anak-anak. Resipi ini sesuai untuk sahur atau bekal sekolah, kerana mudah disediakan, bahan mudah didapati dan hasilnya tetap garing di luar dan juicy di dalam.

Dengan perapan susu dan rempah yang meresap, chicken katsu ini bukan sahaja sedap dimakan terus, malah boleh disimpan dalam peti sejuk atau dibekukan untuk dimakan kemudian. Menu praktikal ini sangat sesuai untuk ibu bapa yang mahukan hidangan cepat tetapi penuh rasa.

Baca juga: Resepi Bebola Nugget Ayam Homemade Rangup, Mudah Buat Dan Confirm Anak-Anak Suka!

RESIPI CHICKEN KATSU UNTUK SAHUR ANAK

Bahan-bahan:

  • 1 dada ayam, dileper dan dipotong 2–3 bahagian
  • 60 ml susu full cream
  • 5 sudu besar tepung gandum
  • 1 sudu besar serbuk bawang putih
  • 1 sudu kecil mushroom seasoning powder
  • ½ sudu teh garam
  • 1 biji telur
  • 1 sudu besar sos tiram
  • Bread crumb untuk salut

Cara-cara penyediaan:

1. Perap ayam:

  • Campurkan susu, tepung gandum, serbuk bawang putih, mushroom seasoning, garam, telur dan sos tiram.
  • Tuang campuran ini ke atas dada ayam yang telah dipotong dan dicucuk-cucuk dengan garpu.
  • Perap selama 1 jam supaya rempah meresap.

2. Salut ayam:

  • Selepas diperap, salut ayam dengan bread crumb.

3. Goreng ayam:

  • Panaskan sedikit minyak dalam kuali.
  • Goreng chicken katsu hingga garing di luar dan juicy di dalam.

4. Tips penyimpanan:

  • Susun ayam dalam bekas Tupperware layer by layer, lapik dengan plastik supaya tidak melekat.
  • Boleh dibekukan dan digoreng semula bila nak makan.

Tips Tambahan untuk Chicken Katsu

  • Tambah sedikit herba kering seperti thyme atau oregano dalam perapan untuk aroma lebih wangi.
  • Sesuai untuk bekal sekolah atau sahur cepat, tinggal goreng sebelum makan.
  • Gunakan panko bread crumb untuk tekstur lebih rangup dan menarik.
  • Hidangkan bersama sos kegemaran seperti mayonis, sos cili atau sos tonkatsu untuk rasa lebih sedap.

Chicken katsu protein sahur ini bukan sahaja mudah disediakan, malah pasti jadi kegemaran anak-anak!

Selamat mencuba!

Sumber: Nor Fikrah

Baca juga: Resepi Telur Goreng Lilin Rangup & Comel, Idea Kreatif Untuk Pikat Selera Anak

Aimi

Recent Posts

‘Rider’ Bongkar Premis Makanan Kotor Di Kulim, Lalat & Najis Tikus Ditemui Dalam Kedai!

Sebuah premis makanan di Kulim, Kedah diarahkan tutup selepas pemeriksaan mendapati tahap kebersihannya tidak memuaskan,…

38 mins ago

Resipi Kuetiau Ladna Seafood, Ada Satu Langkah Penting Untuk Dapatkan Kuah Pekat Elok!

Kuey teow ladna resepi guna seafood ini sesuai dicuba kalau teringin menikmati hidangan berkuah pekat.…

5 hours ago

Tak Guna Susu Pun Boleh Jadi Creamy! Resipi Mac & Cheese Ini Guna Air Kelapa Parut, Unik!

Resipi mac and cheese ini sesuai untuk anda yang ingin mencuba kelainan daripada hidangan pasta…

6 hours ago

Ingatkan Gula Kelapa Untuk Buat Kuih Saja… Rupanya Ada 7 Kegunaan Lain Dalam Masakan!

Ramai menggunakan gula kelapa untuk membuat kuih tradisional kerana rasanya manis dan aromanya seakan karamel.…

7 hours ago

Resipi Donut Bantal Versi ‘Malas’, Tak Perlu Uli Lama Atau Bentuk Bulat Satu-Satu!

Donut bantal antara pilihan menarik untuk dibuat sendiri di rumah, terutama apabila teringin menikmati kuih…

8 hours ago

Resipi Kubis Cina Gulung Berinti Ayam, Kukus 20 Minit Saja Dah Siap Untuk Menu Diet Sihat!

Cabbage rolls ialah hidangan menggunakan daun kubis yang dibalut bersama inti, kemudian dikukus sehingga masak.…

9 hours ago