resepi nugget ayam homemade

Mak-mak yang nak tarik selera anak untuk makan pada waktu pagi atau petang, wajib cuba resepi nugget ayam homemade versi berbola yang dijamin rangup dan sedap.

Ikut saja resepi nugget ayam homemade versi bebola yang dikongsikan oleh Anak-Anak Rizani Islar di Facebook dengan langkah demi langkah, dijamin hasilnya puas hati. Jom kita cuba!

Baca juga: Resepi Hash Brown Mudah, Boleh Buat Sarapan Atau Bekal Untuk Anak!

RESEPI NUGGET AYAM HOMEMADE VERSI BEBOLA

resepi nugget ayam homemade

Bahan-bahan:

  • Isi ayam
  • 1 biji bawang besar (kisar kering)
  • 3 ulas bawang putih (kisar kering)
  • Lada putih (kisar kering, jika suka pedas, tambah lebih)
  • Garam secukup rasa
  • Serbuk perasa (pilihan)
  • Tepung gandum secukupnya
  • Sedikit air rebusan ayam
  • Telur
  • Serbuk roti (breadcrumbs)

Cara-cara buat:

  1. Rebus isi ayam sekejap saja, jangan terlalu lama. Tos, biar sejuk dan kisar kering
  2. Campurkan isi ayam yang telah dikisar bersama bawang besar, bawang putih, lada putih, garam dan aji. Gaul sampai semuanya sebati.
  3. Tambahkan sedikit air rebusan ayam, cukup untuk bagi campuran jadi lembap (jangan terlalu cair).
  4. Apabila rasa sudah serasi, masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit. Cukup sekadar bagi adunan boleh dibentuk, jangan terlalu banyak nanti bebola jadi keras.
  5. Bentukkan adunan menjadi bebola kecil.
  6. Celupkan ke dalam telur, kemudian golekkan bebola dalam serbuk roti.
  7. Panaskan minyak dan goreng hingga bebola menjadi keemasan, angkat dan toskan.

Tips tambahan untuk lebih padu:

  • Jika nak versi lebih sihat, boleh juga guna air fryer atau bakar.
  • Nak tambah cheese, boleh selitkan kiub kecil mozzarella di dalam bebola.
  • Untuk stok frozen, susun bebola yang sudah disalut serbuk roti atas tray dan bekukan 1 hingga 2 jam sebelum masukkan ke dalam bekas.

Selamat mencuba!

Sumber: Anak-Anak Rizani Islar

Baca juga: Resepi Sosej Ayam Homemade Mudah Dengan 5 Bahan, Lebih Sihat Dan Sedap!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN