Categories: Resipi

Buat Jus Pandan Serai Mudah Di Rumah, Hasilnya Badan Ringan & Tidur Lebih Lena Setiap Malam

Sedang cari minuman semula jadi yang boleh buat badan lebih ringan dan perut selesa? Jus pandan serai adalah pilihan mudah dan menyegarkan, sesuai diminum setiap malam untuk kesihatan optimum.

Selain itu, jus ini juga membantu tidur lebih lena dan meningkatkan keselesaan badan. Dengan bahan yang mudah didapati, anda boleh sediakan sendiri di rumah dalam masa singkat.

Baca juga: Nak Hilangkan Kencing Kotor Dan Tak Lawas, Cuba Petua Minum Air Barli 5 Bahan Ini

RESIPI JUS PANDAN SERAI

Bahan-Bahan:

  • 1 liter air (4 cawan)
  • 5 batang serai
  • 2 inci halia
  • 5 helai daun pandan

Cara-cara penyediaan:

1. Sediakan bahan

  • Halia dipotong kecil.
  • Serai dipotong dua dan diketuk sedikit untuk pecahkan aroma.
  • Daun pandan dipotong pendek.

2. Masak bahan

  • Masukkan semua bahan ke dalam periuk bersama air. Tutup periuk dan didihkan.
  • Biarkan mendidih perlahan
  • Kecilkan api dan biarkan mendidih selama 5 minit.

3. Sejukkan dan tapis

  • Padam api dan biarkan sejuk.
  • Tapis jus dan simpan dalam botol atau bekas sesuai dalam peti sejuk.

4. Cara minum

  • Minum 2–3 sudu besar setiap malam, 30 minit selepas makan malam atau sebelum tidur.
  • Disarankan makan malam awal, sebelum Maghrib atau jam 8 malam.

5. Tips untuk pemula

  • Mulakan dengan ½ – 1 sudu besar dahulu. Jika tiada tindak balas, boleh ikut sukatan asal keesokan hari.

Tips Tambahan Untuk Kesihatan Maksimum

  • Kurangkan makanan ringan, makanan proses dan kuih-muih.
  • Lebihkan sayur, ikan, ayam, telur dan lemak sihat dalam menu harian.
  • Minum secara konsisten untuk kesan terbaik.

Jus pandan serai bukan sahaja sedap, tetapi juga membantu tubuh lebih ringan, perut selesa, dan tidur nyenyak. Minuman semula jadi yang mudah ini sesuai untuk semua yang ingin amalkan gaya hidup sihat setiap hari.

Selamat mencuba!

Sumber: Shima Bakar

Baca juga: Wanita Ini Kongsi Petua Buah Pear Untuk Batuk Berpanjangan, Ringkas Tapi Kesan Cepat!

Aimi

Recent Posts

Petua Buang Angin Dalam Badan Guna Bawang Putih & Halia, Hanya Bancuh Dengan Air Panas!

Masalah perut kembung dan rasa tidak selesa akibat angin memang boleh mengganggu aktiviti harian. Ada…

2 days ago

Puding Biskut Cream Cracker Guna 3 Bahan, Tak Sangka Semudah Ini Tanpa Guna Oven!

Puding biskut cream cracker ini boleh jadi idea menarik kalau ada lebihan biskut yang sudah…

2 days ago

Kailan Ikan Masin Ala Kedai Thai, Ikan Tenggiri Jeruk & Cili Padi Beri Rasa Lebih Kaw!

Sayur kailan ikan masin antara hidangan yang cukup digemari kerana gabungan rasa pedas dan masin…

2 days ago

Cara Simpan Pisang Banyak-Banyak Sekali Gus, Rupanya Ini Petua Mudah Elak Cepat Rosak!

Pisang antara buah yang mudah masak ranum, lebih-lebih lagi apabila cuaca panas. Jika terbeli pisang…

2 days ago

Resepi Kek Coklat Moist Sukatan Cawan, Kukus Atau Bakar Kedua-Duanya Menjadi!

Terasa ingin makan kek coklat yang lembut, lembap dan kaya dengan rasa koko? Resepi kek…

2 days ago

Daging Masak Rempah Dengan Kuah Pekat, Gabungan Kicap Dan Rempah Ini Memang Padu!

Daging masak rempah antara hidangan yang sesuai dijadikan lauk untuk makan tengah hari atau makan…

2 days ago