
Pernah berdiri lama di depan rak telur sampai tertanya-tanya yang mana satu masih segar atau sudah lama? Jangan risau, ada cara memilih telur segar yang lebih mudah hanya dengan melihat bahagian luarnya saja.
Masih ramai yang keliru tentang cara pilih telur segar ketika membelinya. Biasanya, ramai yang menggunakan teknik menggoncang telur untuk mengesan kesegarannya.
Tapi cara ini bukan saja kurang sesuai di tempat awam, malah boleh menyebabkan telur retak tanpa disedari. Sebenarnya, ada cara memilih telur segar yang lebih mudah, bersih dan praktikal.
Menurut perkongsian pengguna Facebook Mamana Zahara, salah satu cara memilih telur segar adalah dengan melihat warna kulit telur. Jom kita tengok caranya!
Baca juga: Cara Pilih Udang Segar Supaya Tak Lembik Selepas Masak, Wajib Ada 3 Ciri ‘Ini’
CARA MEMILIH TELUR SEGAR DAN BAGUS

1. Telur sangat segar.
Telur yang baru biasanya mempunyai kulit berwarna putih cerah dan kelihatan seperti disaluti lapisan serbuk halus. Ini tanda telur tersebut masih sangat baru.
2. Telur masih segar.
Jika warna kulit telur kelihatan sederhana, tidak terlalu putih dan tidak terlalu gelap, ini menandakan telur masih elok dan sesuai digunakan.
3. Telur yang sudah lama.
Telur yang disimpan lama kebiasaannya berwarna coklat gelap dan berkilat. Walaupun tidak semestinya rosak, kualitinya mungkin sudah menurun.

Kredit gambar: Ajengkdw dari Lemon8
Tip tambahan untuk kekalkan kesegaran telur:
Selain memilih telur yang betul, cara penyimpanan juga memainkan peranan penting:
1. Pilih telur dari tempat sejuk.
Di pasar raya, ambil telur yang diletakkan di kawasan bersuhu sejuk kerana ini membantu mengekalkan kesegarannya.
2. Simpan dengan cara yang betul di rumah.
Letakkan telur di rak dalam peti sejuk, bukan di bahagian pintu kerana suhu di pintu lebih mudah berubah-ubah.
Dengan tips ringkas ini, anda tak perlu lagi teragak-agak semasa membeli telur. Diharap perkongsian ini membantu anda membuat pilihan yang lebih bijak dan memastikan hidangan di rumah sentiasa berkualiti.
Semoga bermanfaat!
Kredit gambar muka depan: Ajengkdw dari Lemon8
Sumber: Mamana Zahara
Baca juga: Cara Pilih Lobak Merah Yang Segar, Barulah Tak Pahit Bila Dimasak!
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














