
Telur boleh menjadi bahan paling mudah untuk kita mengolah sesuatu hidangan mengikut selera. Kami baru saja terjumpa resepi Telur Goreng Lilin dan ideanya sangat kreatif.
Sudah sering buat telur goreng biasa, apa kata hari ini anda buat sesuatu yang berbeza seperti Telur Goreng Lilin ini. Bukan saja sesuai untuk kudapan, malah boleh buat untuk bekal anak ke sekolah juga.
Resepi Telur Goreng Lilin ini dikongsikan oleh Shai Anne Ahemed di Facebook. Walaupun namanya pelik sikit, tapi hasilnya nampak menarik kerana bentuknya seperti lilin kecil.
Baca juga: Telur Pecah Sambal 3 Rasa, Menu Bajet Hujung Bulan Tapi Buat Bertambah Nasi!
RESIPI TELUR GORENG LILIN

Bahan-bahan:
- Sosej (belah untuk lebih jimat)
- 5 biji telur
- Daun bawang (hiris halus)
- Lobak merah (dipotong dadu atau halus)
- Garam secukup rasa
- Sedikit serbuk perasa
- 1 sudu tepung ubi (dibancuh dengan air)
- Plastik aiskrim
- Serbuk roti
Cara-cara membuat:
1. Mula-mula, pecahkan telur ke dalam mangkuk dan gaulkan dengan daun bawang, lobak merah, garam, serbuk perasa serta bancuhan tepung ubi.
2. Selepas itu, masukkan sosej ke dalam plastik aiskrim.

3. Tuang adunan telur tadi ke dalam plastik aiskrim, tapi jangan penuh sangat. Ikat dengan kemas.
4. Kemudian, rebus sekejap saja sampai telur masak. Jangan rebus terlalu lama kerana plastik mudah terkoyak.

5. Seterusnya, keluarkan isi telur dan salutkan dengan serbuk roti.
6. Akhir sekali, cucuk dengan lidi dan goreng sampai garing. Jika suka, boleh letak mayonis dan sos. Siap untuk dinikmati!

Resepi Telur Goreng Lilin ini memang sesuai sangat untuk anda yang nak cuba sesuatu yang kreatif. Tak susah nak buat, malah bahan-bahannya juga senang nak dapat.
Selamat mencuba!
Sumber: Shai Anne Ahemed
Baca juga: Resipi Telur Dadar Sedap Guna 5 Bahan Mudah, Tetap Rangup Walaupun Sejuk
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














