
Apabila sampai waktu makan, tiba-tiba kepala jadi buntu sampai tak tahu nak masak apa. Jika ada ayam di rumah, buat saja resipi Ayam Kukus Sos Tiram yang mudah ini.
Setelah penat seharian bekerja, mestilah kita nak masak sesuatu yang tak ambil masa lama tapi tetap sedap dimakan bersama keluarga tersayang di rumah. Buat lauk ringkas dan menyelerakan, sudah cukup memadai.
Jika suka masakan sihat dan tak berminyak sangat, resipi Ayam Kukus Sos Tiram yang dikongsikan oleh Leez Fatia di Facebook ini memang pilihan tepat untuk anda cuba.
Baca juga: Cara ‘Defrost’ Ayam Sepantas 5 Minit, Sekejap Je Dah Boleh Guna Untuk Masak!
RESIPI AYAM KUKUS SOS TIRAM

Bahan-bahan:
- ¼ ekor ayam (dipotong kecil)
- 1 sudu besar kicap
- 2 sudu besar sos tiram
- ½ sudu teh serbuk perasa (pilihan)
- 1 inci halia (dipotong memanjang)
- ½ biji bawang besar (dihiris)
- Lada hitam atau chili flakes (jika suka pedas)
- Daun bawang (dihiris halus untuk taburan)
Cara-cara memasak:
1. Mula-mula, gaulkan ayam bersama kicap, sos tiram, perasa, halia dan bawang sampai sebati.
2. Jika suka pedas, boleh tambah lada hitam atau chili flakes secukupnya.
3. Selepas itu, kukus campuran ayam tadi sampai masak sempurna dan empuk.
4. Akhir sekali, taburkan hirisan daun bawang. Siap untuk dihidang!

Lauk ringkas seperti ini bukan saja cepat masak di rumah, tapi juga lebih sihat kerana anda tak perlu guna minyak yang banyak. Sekali buat, pasti ulang nak masak lagi nanti.
Semoga bermanfaat!
Sumber: Leez Fatia
Baca juga: Resepi Ayam Kukus Halia, Letak Bahan ‘Ini’ Aromanya Jadi Lebih Luar Biasa
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














