Categories: Resipi

Jangan Buang Nasi Semalam, Boleh Buat Cekodok Nasi Rangup & Lembut!

Pernah ada nasi semalam yang tak habis dan tertanya-tanya nak buat apa? Jangan dibuang kerana nasi lebihan ini sebenarnya boleh diolah menjadi cekodok nasi yang sedap.

Dengan resipi cekodok nasi ini, nasi semalam boleh bertukar menjadi cucur yang rangup di luar dan lembut di dalam. Paling menarik, rasanya cukup sedap hingga anak-anak makan tanpa perlu dipaksa.

Resipi cekodok nasi yang dikongsi oleh Rozie Abd Rahim ini mudah, fleksibel dan sering cepat habis kerana teksturnya yang lembut serta rasanya yang lazat. Jom kita cuba!

Baca juga: Resepi Cekodok Pisang Sedap, Ini Cara Nak Buat Bagi Rangup Dan Garing Elok

RESIPI CEKODOK NASI

Bahan-bahan:

  • 1 cawan nasi
  • 1 cawan air suam (untuk kisar nasi)
  • 3–4 sudu besar ikan bilis (ditumbuk kasar)
  • 1 sudu besar udang kering (ditumbuk kasar)
  • Ubi kentang (dipotong dadu kecil)
  • Lobak merah (dipotong dadu kecil)
  • Jagung (dipotong kecil)
  • Fish cake atau sosej (dipotong dadu kecil)
  • Daun bawang (dihiris halus)
  • Bawang besar (dicincang)
  • Cili merah (pilih salah satu):
    – Cincang atau potong dadu
    – Cili kisar
    – Serbuk cili
  • 1 biji telur
  • ½ kiub ikan bilis atau serbuk pati ayam (pilihan)
  • ½ sudu kecil serbuk penaik
  • 1 sudu besar tepung beras
  • ½ sudu kecil garam (atau ikut citarasa)
  • 1 cawan tepung gandum

Cara-cara memasak:

1. Kisar nasi bersama air suam sehingga menjadi kisaran halus.

2. Masukkan kisaran nasi ke dalam bekas besar.

3. Campurkan semua bahan lain dan gaul sebati.

4. Tambahkan tepung sedikit demi sedikit sehingga adunan tidak terlalu pekat, tidak terlalu cair dan mudah dijemput dengan jari.

5. Rehatkan adunan selama 10 hingga 20 minit sebelum menggoreng.

6. Panaskan minyak dalam kuali dengan api sederhana.

7. Jemput adunan menggunakan hujung jari dan tolak dengan ibu jari.

8. Goreng hingga kuning keemasan atau keperangan.

9. Angkat dan toskan minyak.

Tips supaya cekodok nasi jadi lebih sedap:

  • Untuk cekodok bulat cantik, jemput guna hujung jari sahaja
  • Boleh guna sudu jika tak biasa jemput dengan tangan
  • Jangan goreng dengan api terlalu besar supaya bahagian dalam masak sempurna
  • Tepung beras membantu cekodok jadi lebih rangup

Semoga bermanfaat!

Sumber: Rozie Abd Rahim

Baca juga: Cekodok Ikan Bilis Simple, Tetap Rangup Di Luar & Lembut Berongga Di Dalam

Aimi

Recent Posts

Peria Tumis Telur Rendah Kalori, Ikut Petua Ini Supaya Hilang Pahit & Lebih Menyelerakan!

Resipi peria tumis telur ini sesuai dijadikan pilihan lauk untuk mereka yang sedang menjaga pemakanan.…

10 hours ago

Cara Pilih Kelapa Muda Yang Ada Isi Tebal, Tengok Bahagian Tangkai Pun Boleh Tahu!

Pernah tak beli kelapa muda dengan harapan isinya tebal, tetapi apabila dibelah, rupa-rupanya isi masih…

10 hours ago

Siput Sedut Masak Lemak Pucuk Paku, Kuah Santan Pedas Berlemak Memang Padu!

Kalau sebut sahaja masak lemak, pasti ramai yang terbayangkan kuah santan pekat dengan rasa pedas…

10 hours ago

Tak Perlu Telur, Ini Resipi Cekodok Kosong Yang Rangup Dan Lembut Sampai Habis Dimakan!

Cekodok kosong rangup antara hidangan ringkas yang sesuai dijadikan sarapan pagi atau minum petang. Walaupun…

10 hours ago

Cara Buat Cek Mek Molek Kuih Tradisional Pantai Timur, Lembut Di Dalam Dengan Inti Gula Cair!

Cek mek molek kuih tradisional yang cukup dikenali di Pantai Timur, khususnya Kelantan dan Terengganu.…

12 hours ago

Lebihan Nasi Lemak Jangan Dibuang, Wanita Ini Kongsi Idea Buat Nasi Lemak Goreng!

Ada lebihan nasi lemak selepas bersarapan tetapi tidak tahu hendak buat apa? Daripada membiarkannya begitu…

13 hours ago